RSS

Thursday, December 31, 2009

Solat Sunat Gerhana

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 31 Disember 2009, lebih kurang pukul 10:00 malam, fenomena gerhana bulan tlh terjadi. Maka Jamiah mengadakan Solat Sunat Gerhana Bulan.


+ Apa Hukum Solat Gerhana Bulan?

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yg digalakkan.

Ini berdasarkan drpd hadis yg diriwayatkan oleh Imam Muslim yg bermaksud :

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda drpd tanda-tanda (kebesaran) Allah, tidak berlaku gerhana pd kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dgn kamu.

Hadis ini keluar drpd mulut Rasulullah S.A.W pd hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai org mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yg menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yg besar dan mulia.

Rasulullah S.A.W tlh menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dgn kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera utk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu utk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yg berlawan dgn kekuasaan Allah dlm membuat sesuatu blh membawa kpd syirik.

+ Bila Solat Ini Didirikan?


Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dgn hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala.

Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bg satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bg satu rakaat sekalipun gerhana sdh berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sdg kita masih dlm keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pd waktu yg ditegah padanya kita bersembahyang, maka dgn sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.


+ Bagaimana Pula Cara Solatnya?


Solat gerhana ini disunatkan utk ditunaikan secara berjemaah dgn diseru sblm mendirikannya : As-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)

Blh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yg afdhal ialah masjid yg didirikan Jumaat.

Solat gerhana ini boleh dilakukan scr berseorang atau scr berjemaah dan sebaiknya dilakukan scr berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

A. Rakaat Pertama :

1. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan :

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

2. Takbiratul Ihram.

3. Membaca doa iftitah.

4. Membaca Ta`awudz.

5. Membaca surah al-Fatihah.

6. Membaca mana-mana surah, yg terlebih afdhal surah Al-Baqarah.

7. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

8. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana - mana surah.

9. Ruku' dgn membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

10. Iktidal. (Sami Allahuliman Hamidah)

11. Sujud dan membaca tasbih.

12. Duduk antara 2 sujud.

13. Sujud kembali.

14. Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua :

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah.

5. Ruku' dgn membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal. (Sami Allahuliman Hamidah)

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.

12. Khutbah solat gerhana.

  • Tiada iqamah tp cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
  • Mana-mana surah hendaklah mengikut susunan surah dari Al-Quran
  • Sunat menyaringkan suara pd bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
  • Disunatkan mandi utk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

والله أعلم



*Di 'copy' dr wikipedia.

Friday, December 25, 2009

Puasa Asyura

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebut saja bulan Muharram, pasti akan dikaitkan dgn puasa Asyura...

# Apa itu puasa Asyura??

Hari Asyura ertinya hari kesepuluh dari bulan Muharram. Pada hari itu dianjurkan untuk berpuasa, sebagaimana yang disebut di dalam hadis Ibnu Abbas ra berkata : “ Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka beliau bertanya : “Hari apa ini?”. Mereka menjawab :“Ini adalah hari istimewa, kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, oleh karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda : “Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian“ . Maka beliau berpuasa dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa.”(HR Bukhari dan Muslim)

# Dan bagaimana pula cara berpuasa Asyura??

Menurut keterangan para ulama dan berdasarkan beberapa hadis, maka puasa Asyura boleh dilakukan dgn empat pilihan :

1. Berpuasa tanggal 9 dan 10 Muharram

2. Berpuasa pada tanggal 10 dan 11 Muharram

3. Berpuasa pada tanggal 9,10, dan 11 Muharram

4. Berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja. (tetapi yang terakhir ini, sebagian ulama memakruhkannya, kerana menyerupai puasanya orang-orang Yahudi)

Cara berpuasa di atas berdasarkan hadis :

Ibnu Abbas ra, bahawasanya ia berkata : Ketika Rasulullah saw. berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan kaum Muslimin berpuasa, para shahabat berkata : “Wahai Rasulullah ini adalah hari yang diagungkan Yahudi dan Nasrani”. Maka Rasulullah pun bersabda :”Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan.“ (H.R. Bukhari dan Muslim).

Begitu juga hadis Ibnu Abbas ra, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda : “Puasalah pada hari Asyura’ dan berbuatlah sesuatu yang berbeza dengan Yahudi dalam masalah ini, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.“ ( HR Ahmad dan Ibnu Khuzaimah )

# Apakah keutamaan dan kelebihan berpuasa Asyura??

1. Allah swt akan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan selama satu tahun sebelumnya,

عن أبي قتادة رضي اللَّه عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " صيام يوم عاشوراء، أحتسب على اللَّه أن يكفر السنة التي قبله"

Maksudnya : Abu Qatadah ra, bahawasanya seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang puasa Asyura, maka Rasulullah saw menjawab : “ Saya berharap dari Allah swt agar menghapus dosa-dosa selama satu tahun sebelumnya. “ (HR Muslim)

*Dosa-dosa yang dihapus disini adalah dosa-dosa kecil saja. Sekiranya dosa-dosa besar, maka seorang Muslim harus bertaubat dengan taubat nasuha, jika ingin diampuni oleh Allah swt.

2. Sebagai bentuk kesyukuran atas selamatnya nabi Musa as dan pengikutnya serta tenggelamnya Fir’aun dan bala tenteranya.


Oleh itu, marilah kita beramai-ramai berpuasa Asyura!!


والله أعلم