RSS

Thursday, July 30, 2009

industri geragau

Assalamualaikum. Berita ni ana dapat drpd ayah ana yang diforwardkan oleh kawan ayah ana. Ana harap dengan berita ni, kita sama-sama renungkannya......

Ceritanya bermula begini......Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.



Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.



Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.



Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.



Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.



Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?



Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.



Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.



Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.



Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..



Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Saturday, July 25, 2009

my family.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada kali ni, ana nak bercerita serba sedikit tentang keluarga ana.....

Ana mulakan dengan ketua keluarga ana iaitu ayah ana. Namanya MUSTAPHA BIN MUDA. Berasal dari negeri Kelantan. Bekerja di Jabatan Pertanian, Putrajaya.



Ini pula emak ana. Namanya RAIDAH BINTI MAMAT. Juga berasal dari negeri Kelantan. Emak ana tak bekerja tapi ada buat bisnes kecil-kecilan iaitu menjahit.


Yang ni pula abang sulung ana. Namanya MUHAMMAD HAFIZ BIN MUSTAPHA.Dia dilairkan pada tahun 1986. Dia menuntut di Kolej Jaiputra, Kelantan.


Abang kedua ana pula namanya MUHAMMAD HABIB BIN MUSTAPHA. Lahir pada tahun 1987. Sekarang ni dia menuntut di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Hadith.



Ni la ana. Nama penuh ana MUHAMMAD HILMI BIN MUSTAPHA. Ana merupakan anak yang ketiga. Dilahirkan pada tahun 1989. Sekarang ana tengah tunggu untuk fly ke Mesir.


Ni pula adik ana. Anak yang keempat. Namanya HUSNA BINTI MUSTAPHA. Lahir pada tahun 1990. Dia juga akan Mesir dengan ana tahun ni. Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab dia ambil SPM dan STAM sama tahun dengan ana.


Yang ni anak yang kelima. Nama penuh dia MARYAM BINTI MUSTAPHA. Dia dilahirkan pada tahun 1992. Sekarang ni dia belajar di Maahad Al-Qur'an dan Bahasa Arab Al-Manar, Kelantan.


Anak yang keenam pula namanya 'AMMAR BIN MUSTAPHA. Dia lahir pada tahun 1995. Sekarang ni dia belajar di Maahad Tahfiz Hira', Klang.


Yang ni pula namanya SUWAIBAH BINTI MUSTAPHA. Anak yang ketujuh. Dia lahir pada tahun 1997. Dia juga belajar di Maahad Tahfiz Hira', Klang.


Adik ana yang ni namanya ANAS BIN MUSTAPHA. Dia anak yang kelapan. Dia masih lagi belajar di Sekolah Rendah Islam Al-amin, Bangi. Lahir pada tahun 1998.


Ni la adik ana yang bongsu. Nama penuh dia ASIAH BINTI MUSTAPHA. Dilahirkan pada tahun 2001. Dia juga masih belajar di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Bangi.

Untuk pengetahuan semua, keluarga ana sekarang menetap di alamat- 32A, Jalan Tenaga 10, Taman Tenaga, Off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

SEKIAN, TERIMA KASIH.....................

Thursday, July 23, 2009

ceburkan diri

Assalamualaikum. Pada tanggal 22 Julai 2009, ana baru menceburkan diri dalam dunia blog ni. Untuk pengetahuan semua, ana masih tidak mahir untuk menulis blog ni. Ana harap kepada mereka yang sudah mahir dapat memberi tunjuk ajar kepada ana. Terima kasih.....