RSS

Friday, August 28, 2009

Dilema

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya ana x tau nak cakap macam mana psl ni....... Untuk pengetahuan kpd mereka yg mengenali diri ana, di depan ana sekarang ni ada 1 mslh yg perlu ana selesaikan dengan segera iaitu ana diberi 2 pilihan samada nk pilih UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR atau UNIVERSITI ISLAM MADINAH.

Cerita sebenarnya begini...... ana tlh mendapat dermasiswa drpd Lembaga Zakat Selangor atau MAIS utk ana melanjutkan pelajaran ke Mesir. Segala urusan yg berkaitan telahpun selesai termasuklah urusan bank, BTN, perjanjian dgn MAIS, visa dan banyak lagi la, yg tinggalnya urusan tiket ke Mesir je. Tapi, tarikh utk berangkat telahpun diberitahu iaitu 2/9/2009 ni.

Tiba2, lebih kurang minggu lepas, ana mendapat berita yg mengejutkan la juga drpd abang ana yg mengatakan bahawa nama ana termasuk dalam senarai antara mereka yg layak masuk ke Universiti Madinah. Alhamdulillah..... tapi, sebenarnya ana masih x percaya lg sebab nak masuk U Madinah ni bukannya senang, lagi2 ana x pergi pun muqobalah (temuduga), ana cuma hantar borang je.

Setelah beberapa hari ana berfikir...... akhirnya ana membuat keputusan utk pergi Madinah sebab ramai yg nasihatkan ana supaya ke sana. Lagipun dari dulu lagi ana mengidam-idamkan U Madinah. Alhamdulillah.... akhirnya hasrat ana utk ke sana tercapai juga.

Sebenarnya ana x mahu la perkara ni dikecoh-kecohkan lagi sebab x confirm lagi dapat pergi ke x. Ana kena tunggu sehinggalah ana terima surat rasmi drpd U Madinah, barulah confirm...... Ana minta maaf la sebab lambat maklumkan perkara ni. Sory..............

Pada kesempatan ini juga, ana amat mengharapkan doa2 antum agar pilihan ana utk ke U Madinah adalah pilihan yg terbaik dan segala urusan yg berkaitan utk ke sana dipermudahkan ALLAH serta doakan ana berjaya di dunia dan akhirat........

Thursday, August 20, 2009

Peristiwa Penting dalam Ramadhan


# Permulaan kenabian..........Turunnya wahyu

# 10 Tahun perutusan nabi..........Kematian Saiyidatina Khadijah r.a

# 1 Hijrah..........Pembetukan batalion muslimin pertama di bawah pimpinan Hamzah

# 2 Hijrah..........Difardhukan puasa, zakat fitrah dan jihad

# 17 Ramadhan 2 Hijrah..........Perang Badar Kubra

# 5 Hijrah..........Menggali parit dan persediaan perang Khandak. Tamat perang pada Syawal

# 21 Ramadhan 8 Hijrah..........Pembukaan Mekah dan meruntu berhala

# 9 Hijrah..........Kedatangan dan keislaman rombongan Taif dan utusan raja Himyar

# 10 Hijrah..........Pengutuan Ali k.r.m ke Yaman dan keislaman seluruh kabilah Hamran dalam masa sehari

# 11 Hijrah..........Kematian Fatimah r.a setelah 6 bulan kewafatan Nabi s.a.w

# 13 Hijrah..........Kemenangan muslimin di bawah pimpinan al-Muthanna bin Harithah ke atas Rom dalam peperangan Buwaib

# 31 Hijrah..........Pembukaan negara Nubia di selatan Mesir

# 40 Hijrah..........Ali bin Abi Tolib r.a ditikam oleh Abu Maljam

# 53 Hijrah..........Pembukaan pulau Rodes, selatan Cicelia

# 58 Hijrah..........Kewafatan Sayidatina 'Aisyah r.a

# 91 Hijrah..........Muslimin mendarat di persisiran pantai Andalusia

# 92 Hijrah..........Toriq bin Ziyad mengalahkan Raja Rhoderick

# 114 Hijrah..........Peperangan Balat Syuhadak. Panglima Abdul Rahman al-Ghafiqi gugur syahid

# 132 Hijrah..........Tertegaknya Daulah 'Abbasiyyah

# 361 Hijrah..........Pembukaan Jami' al-Azhar

# 584 Hijrah..........Orang ramai mencadangkan agar Solahuddin berhenti rehat sepanjang Ramadhan. Beliau menjawab : Usia adalah pendek dan ajal tidak terjamin. Beliau menyambung perjuangan sehingga menawan Kubu Sufr pada 15 Ramadhan

# 658 Hijrah..........Peperangan Ain Jalut. Tartar tewas di tangan tentera muslimin di bawah Saifuddin Qutuz

# 666 Hijrah..........Pembukaan Antokia

# 673 Hijrah..........Pembukaan Armenia

# 791 Hijrah..........Pembukaan Bosnia-Herzagovina

# 827 Hijrah..........Pembukaan Belgrade

# 829 Hijrah..........Pembukaan Pulau Cyprus

# 10 Ramadhan 1393 Hijrah..........Kemenangan ke atas Yahudi dan dataran Sinai diambil kembali daripada mereka. Dengan slogan "ALLAH AKBAR"

Tuesday, August 4, 2009

lawak

Assalamualaikum. Sebelum 2, ana nak mintak maaf sebab gambar2 tntg industri geragau 2 tak keluar. Ana pun tak tau kenapa blh jadi macam 2. Masa ana postkan, gambar2 2 ade, tetiba plk hilang.....

Ok....Lawaknye berbunyi begini................

Bos berkata kpd setiausaha : Kita akan out-station selama seminggu, jadi aturkan semuanya.

Setiausaha menelefon suaminya : Bos dan saya akan out-station selama seminggu, abang pandai-pandailah jaga diri nanti, ya....

Suami menelefon buah hatinya : Yahoo... isteri saya akan out-station selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama...

Buah hati menelefon murid tuisyennya : Saya kena out-station selama seminggu, jadi awak tak perlu datang tuisyen...

Murid tuisyen menelefon atuknya : Atuk, untuk seminggu saya tak ada kelas sebab cikgu saya sibuk. Yahoo...atuk datanglah sini, seminggu ni kita boleh jalan-jalan...

Atuk yang kaya-raya itu menelefon setiausaha : Minggu ni saya nak habiskan masa dengan cucu. Saya batalkan out-station tu...

Setiausaha menelefon suaminya : Minggu ni bos saya ada kerja lain, kami dah batalkan out-station tu...

Suami menelefon buah hatinya : Sayang...kita tak dapat nak habiskan masa bersama minggu ni, isteri saya dah batalkan out-stationnya.

Buah hati menelefon murid tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen macam biasa...

Murid tuisyen menelefon atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kena pergi kelas tuisyen. Sorry, saya tak boleh temankan atuk.

Atuk menelefon setiausaha : Jangan risau, minggu ni kita out-station. Jadi uruskan semuanya.

Setakat ni saje kot...penat la nak tulis byk2. Paham2 sendiri la erk....