RSS

Sunday, November 15, 2009

Kelebihan Kota Suci Madinah

بسم الله الرحمن الرحيم

Banyak hadis Rasulullah S.A.W yg menyebut tentang kelebihan Madinah dan buminya, kelebihan tinggal dan beramal di dalamnya juga larangan2 drpd melakukan kejahatan di dalamnya. Di sini ana ingin menyebut beberapa hadis mengenainya, semoga ia dapat menjadi renungan dan panduan kpd semua.


1. Rasulullah S.A.W menjadikan Madinah sbg tanah haram dan berdoa utk keberkatan ahlinya.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: { إنَ إبراهيم حرَم مكَة ودعا لها وحرَمت المدينة كما حرَم إبراهيم مكَة ودعوت لها في مدِها وصاعها مثل ما دعا إبراهيم عليه السلام لمكَة

Maksudnya : "Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim berdoa untuk Makkah".

2. Amaran atau ancaman melakukan kezaliman atau maksiat di Madinah.

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلَم: { المدينة حرم ما بين عير إلى ثور فمن أحدث فيها حدثا أو آوى محدثا فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين لا يقبل منه يوم القيامة صرف ولا عدل

Maksudnya : "Madinah adalah tanah haram, letaknya antara Bukit E'ir dan Bukit Thur, sesiapa yg melakukan kezaliman (maksiat) atau melindungi orang yg melakukan kezaliman (maksiat) da dalamnya, maka ke atasnya laknat ALLAH , Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya samada wajib atau sunat tidak diterima oleh ALLAH drpdnya pada Hari Qiamat".

3. Kelebihan bersabar menanggung kesusahan yg dihadapi di Madinah.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلَم: { لا يصبر على لاْواء المدينة وشدَتها أحد من أمتي إلا كنت له شفيعا يوم القيامة أو شهيدا

Maksudnya : "Mana2 individu umatku yg bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan memberi syafaat kepadanya pada Hari Qiamat, atau aku menjadi saksi kepadanya".

4. Kelebihan mati di Madinah.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلَم: { من استطاع أن يموت بالمدينة فليفعل فإني أشفع لمن مات بها

Maksudnya : "Sesiapa yg mampu utk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kpd mereka yg mati di Madinah".

5. Kelebihan belajar di Masjid Nabawi.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلَم: { من دخل مسجدنا هذا يتعلم خيرا أو يعلمه كان كالمجاهد في سبيل الله ومن دخله لغير ذلك كان كالناظر إلى ما ليس له

Maksudnya : "Sesiapa yg memasuki masjid kami ini utk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid da jalan ALLAH dan sesiapa yg masuk dgn tujuan lain adalah umpama orang yg melihat kecantikan barang orang lain".

6. Madinah terpelihara drpd ancaman Dajjal dan wabak taun.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلَم: { على أنقاب المدينة ملائكة لا يدخلها الطاعون ولا الدجال

Maksudnya : "Di setiap pintu masuk Madinah terdapat malaikat yg mengawasi wabak taun dan Dajjal drpd menyerang Madinah".

7. Madinah sebagai tapak iman.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلَم: { إنَ الإيمان ليأرز إلى المدينة كما تأرز الحية إلى جحرها

Maksudnya : "Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya".

8. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلَم: { صلاة في مسجدي هذا أفضل من ألف صلاة فيما سواه إلا المسجد الحرام

Maksudnya : "Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik drpd sembahyang di lain2 masjid kecuali di Masjidil Haram".



والله سبحانه وتعالى أعلم


Sunday, November 1, 2009

Sebulan Yang Pertama

Bismillahirrahmanirrahim.

"SORRY.....LAMBAT UPDATE....."

Assalamualaikum w.r.t. Alhamdulillah..... Akhirnya dapat jgk ana update blog ni. Ok, pada kali ni ana nk cerita sedikit sebanyak tentang keberadaan ana kt bumi Madinah Al-Munawwarah selama sebulan yg pertama.

Setibanya kami di airport Madinah, kami tlh disambut oleh abg2 atau senior. Di sana, kami terpaksa menunggu bas universiti selama lbh krg 1 jam. Waktu tu memang memenatkan..... Setelah bas sampai, kami pun terus menaikinya sampai la kt universiti.....

Sesampai je kami kt sana, kami terus dibawa ke bahagian pendaftaran. Di sini, kami diberi bilik masing2. Sebelum tidur, kami dijamu oleh abg2 dgn makanan arab, walaupun semua dh mengantuk, lapar punye pasal..... makan je la.

Minggu pertama, kami semua kena selesaikan urusan kemasukan kuliah masing2 termasuklah medical check-up, temuduga, kad pelajar dan banyak lagi.

Minggu kedua, blh dikatakan sebagai minggu orientasi. Kami semua dibawa ke rumah Persatuan Pelajar Malaysia Madinah (PPM) untuk berkenal-kenalan antara senior ngan junior. Di sini jgk, kami diminta untuk menunjukkan bakat masing2, antaranya lakonan, tazkirah, syair, lawak sepontan dan banyak lagi.

Pada keesokan hari, kami dibawa ziarah sekitar bumi Madinah antaranya, Masjid Quba'. Kelebihan masjid ini ialah seperti dalam hadis Rasulullah yg bermaksud "sesiapa yang bersuci atau berwudu' di rumahnya kemudian datang ke Masjid Quba' dan menunaikan solat, maka dia diberi ganjaran seperti ganjaran umrah".


Selepas itu, kami dibawa ke Bukit Uhud. Antara kelebihan Bukit Uhud, Rasulullah pernah bersabda ketika baginda melihat bukit itu yg bermaksud "bukit ini menyayangi kita dan kita menyayanginya". Bersebelahan Bukit Uhud, terdapat kubur para syuhada' perang Uhud dan BukitAinain atau bukit pemanah.


Kemudiannya, kami dibawa ke Masjid Qiblatain. Masjid ini dinamakan sedemikian kerana ketika Rasulullah bersolat di sana, telah turun ayat al-Qur'an yg menyuruh untuk menukarkan arah qiblat dari Masjid Aqsa ke Kaabah.

Keesokan harinya, kami mengadakan perlawanan bola sepak antara senior ngan junior. Waktu ni la, junior nk tunjukkan bakat masing2 dan ternyata ada sebahagian junior yg menyerlah.

Minggu yg berikutnya, bermulalah sesi pengajian masing2 dan ana memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah. Setakat ni sajelah cerita ana pada kali ni. Wssalam......