RSS

Wednesday, December 8, 2010

Tugas Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم

SITUASI...

Pada suatu hari, ada beberapa orang tetamu datang ke rumah Pak Ahmad. Seperti kebiasaannya, Pak Ahmad mempersilakan tetamunya untuk masuk dan sekali gus meminta untuk duduk di atas sofa yg tersedia di ruang tamu.

Setelah semuanya duduk, masing-masing bertanyakan khabar dan bertukar-tukar cerita mahupun berita. Pada waktu yang sama, isteri Pak Ahmad, Mak Limah meminta izin untuk ke dapur bertujuan untuk menyediakan sedikit juadah dan minuman kepada tetamu.

Setelah juadah dan minuman siap disediakan, maka Mak Limah memanggil anak sulungnya, Ali yang sedang asyik menonton televisyen untuk mengangkat hidangan kepada tetamu. Tetapi dia mengendahkan permintaan ibunya itu kerana tidak mahu terlepas daripada menonton siaran kegemarannya itu.

Lalu Ali segera menyuruh adiknya, Abu yang baru berusia 7 tahun untuk mengangkat hidangan tersebut kepada tetamu. Maka si adik ini dengan rasa terpaksanya mengangkat hidangan tersebut gara2 takut dimarahi abangnya nanti.

Ketika membawa hidangan tersebut ke ruang tamu, tiba-tiba kaki si adik kecil ini tersepak sesuatu lalu terjatuh beserta dengan hidangan yang dibawanya. Pinggan dan gelas juga habis pecah. Makanan pula bertaburan di atas lantai. Semua orang di dalam rumah itu turut terkejut dengan kejadian tersebut. Mak Limah dan Pak Ahmad segera bergegas ke tempat itu untuk melihat apakah yang berlaku.

PERSOALANNYA SEKARANG...
SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN??
ADAKAH SI ADIK ATAU SI ABANG??...

Pasti jawapan kita adalah SI ABANG yang harus dipersalahkan kerana pada awalnya ibu mereka menyuruh si abang untuk membawa hidangan kepada tetamu tetapi si abang tidak menuruti suruhan itu. Malah menyuruh adiknya pula untuk membawa hidangan tersebut. Seperti yang kita tahu, kerja itu memang tidak sesuai dengan si adik kerana dia masih lagi kecil dan mungkin tidak mampu untuk mengangkat hidangan tersebut.

APAKAH PULA HUBUNG KAIT SITUASI INI DENGAN DAKWAH??...

Hubung kait antara situasi di atas dengan dakwah adalah...
tugas dakwah sebenarnya menjadi tanggungjawab kepada individu ataupun golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan berbanding mereka yang tidak berilmu.

Sekiranya tugas dakwah ini diabaikan oleh golongan yang berilmu dan membiarkan golongan yang tidak berilmu mengambil alih tugas dakwah itu, maka keburukan ataupun musibah yang akan berlaku sehinggakan akan menyesatkan orang ramai.

Oleh itu, mereka yang berilmu wajiblah sedar bahawa mereka sebenarnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yg besar dalam tugas dakwah ini serta tidak boleh memandang perkara ini dengan remeh-temeh kerana hal ini akan ditanya oleh Allah S.W.T suatu hari nanti.

والله أعلم

Sunday, November 7, 2010

Zulhijjah

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t...

Seperti yg kite sdh maklum.. skrg kite tlh pn memasuki bln Zulhijjah. Apabila kite menyebut bln Zulhijjah, ape yg trlintas dlm benak fikiran kite? ibadah haji? hari raye korban? puasa hari 'Arafah? atau perkara2 yg laen?....

Ya.. itulh yg sering trlintas dlm fikiran kite bile mane bln Zulhijjah tiba lg... Bg mereka yg ingin menunaikn rukun Islam yg kelima, iaitu ibadah haji, pasti bln Zulhijjah amat dinanti2kn. Bg mereka yg x brpeluang utk menunaikn haji pula, hari raye korban atau hari raye Idiladha amat ditunggu2 terutamanye golongan kanak2 & jgn pula kite lupa akn puasa hari'Arafah.

Bln Zulhijjah mempunyai byk
fadhilat atau kelebihannye yg trsendiri. Antaranye.....

1. Sesungguhnye ALLAH S.W.T sendiri brsumpah dgn 10 hari trawal bln Zulhijjah di dlm Al-Qur'an.


قال سبحانه : والفجر وليال عشر

2. ALLAH S.W.T juga menyeru spy memperbanyakkn Tasbih, Tahlil, Takbir & Tahmid pd 10 hari trawal bln Zulhijjah.

3. Trdpt padanye hari Al-Tarwiyah iaitu pd hari kelapan bln Zulhijjah. Di mana mereka yg menunaikn haji akn berada di Mina seperti mana yg disunatkn oleh Nabi S.A.W.

4. Trdpt padanye hari 'Arafah iaitu pd 9 Zulhijjah. Pd hari ini, jemaah haji akn brwukuf di 'Arafah yg merupakn salah satu rukun haji.

5. Trdpt padanye puasa hari 'Arafah iaitu pd 9 Zulhijjah seperti mana yg disunatkn oleh Rasulullah S.A.W utk mereka yg tdk menunaikn haji.


قوله صلى الله عليه وسلم : " صوم يوم عرفة يكفر سنتين ، ماضية ومستقبلة . . . " - رواه مسلم وأحمد والترمذي


6. Trdpt padanye malam Muzdalifah. Brmalam di Muzdalifah adalah salah satu kewajipan haji.

7. Trdpt padanye ibadah melontar Jamrah Aqabah.

8. Sesungguhnye 10 hari trawal bln Zulhijjah adalah lebih baik drpd jihad.


قوله صلى الله عليه وسلم : " ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله عز وجل من هذه الأيام ، يعني العشر ، قالوا يا رسول الله : ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء " -رواه البخاري وغيره

9. Trdpt padanye hari ibadat korban. Di mana ibadat ini amat dituntut oleh Rasulullah S.A.W.

قوله صلى الله عليه وسلم : " من كان له سعة ولم يضح فلا يقربن مصلانا "-رواه ابن ماجة وحسن الألباني

Sama2 lah kita mengejar fadhilat2 10 hari trawal bln Zulhijjah......

Sunday, October 3, 2010

Wanted : Muslim, Dead or Alive!! Very Dangerous.

بسم الله الرحمن الرحيم





























*dipetik drpd www.zurmat.com

Saturday, September 11, 2010

Salam Idilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum W.B.T....
Pada kesempatan yg mulia ini, ana ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
تقبل الله منَا ومنكم, كل عام وانتم بخير
kpd muslimin & muslimat yg berada di seluruh dunia.


Sebagai renungan kita bersama :

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna
PUASA kita juga berlalu...

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna
QIAMULLAIL kita juga berlalu...

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna bacaan
AL-QUR'AN kita juga berlalu...

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna
SEDEKAH kita juga berlalu...

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna semua
AMALAN BAIK kita juga berlalu...


Sekian, Terima Kasih....

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Kepada Muslimin & Muslimat
Di Seluruh Dunia


Semoga Bulan Ramadhan Kali ini
Lebih Berkualiti
Berbanding Ramadhan2 Yang Lepas

Wednesday, June 2, 2010

sekadar yang mampu

بسم الله الرحمن الرحيم


Ucapan salam pembuka bicara
Salam ditujukan kepada pembaca
Diriku di sini sihat sejahtera
Moga di sana sama halnya

Maaf dipinta saudaraku semua
Hilangnya diri bukannya sengaja
Munculku ini ada tujuannya
Ingin berkongsi cerita dan berita

5 Oktober 09 masih di ingatan
Saat tanah air ditinggal pergi
Bumi nabi bumi diimpikan
Menimba ilmu niat di hati

Bulan pertama kuliah bermula
Terasa asing janggal pun ada
Ramai kawan pelbagai bangsa
Datangnya dari pelusuk dunia

Masa berlalu begitu pantas
8 bulan seakan 8 hari
Aku redahi sejuk dan panas
Ke sana ke sini aku pergi

Semester kedua menutup tirai
Akan tiba saatnya aku diuji
Hanya doa yang ku dahagai
Moga kejayaan yang ku kecapi

26 Jun tarikh ditunggu-tunggu
Mula terbayang mereka dicintai
Pesanan diterima bertalu-talu
Usah risau bajet mencukupi

Akhir bicara dari diriku
Mohon maaf silap dan salah
Sekali lagi doa dirayu
Moga perjalanan dilindungi ALLAH

-Sekian, terima kasih-





*tarikh final exam : 12/06/2010 - 21/06/2010
*tarikh pulang : 26/06/2010

-INSYA ALLAH-

Tuesday, May 4, 2010

Cermin

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada zaman dahulu kala, tinggallah sepasang suami isteri di sebuah perkampungan. Si suami bernama Pak Leman manakala isterinya pula bernama Mak Limah. Mereka berdua hidup bahagia semenjak mereka berkahwin lagi. Pak Leman sudah kematian ibu bapa semenjak kecil lagi dan tidak pernah sesekali melihat wajah kedua-dua ibu bapanya.


Nak dijadikan cerita, pada hari minggu Pak Leman akan ke pekan untuk membeli keperluan hidup. Maka berjalan-jalanlah Pak Leman sekitar pekan tersebut untuk mencari apa-apa yang patut. Tiba-tiba langkahnya terhenti di sebuah kedai. Dia menuju kedai tersebut. Ada sesuatu benda yang menarik perhatiannya. Apabila Pak Leman masuk ke kedai itu, dia terus mencapai suatu benda yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Maka dia terus bertanya kepada pemilik kedai itu.

"boleh saya tanya? apa nama benda ni?", tanya Pak Leman kehairanan.

"ohh, itu namanya cermin...." jawab pemilik kedai.



Tanpa berfikir panjang, Pak Leman terus membelinya dan segera pulang ke rumah. Setibanya di rumah, dia terus masuk ke bilik tanpa mengendahkan pertanyaan isterinya Mak Limah. Tergaru-garu kepala Mak Limah yang tidak gatal itu melihat perangai suaminya yang pelik. Mak Limah membiarkannya begitu sahaja.

Di dalam bilik, Pak Leman segera membuka bungkusan yang dibelinya tadi dan menatap cermin tersebut. Dalam fikirannya, berlegar-legar satu soalan.

"agak-agaknya begini rupanya wajah bapak aku", fikir Pak Leman.

"boleh tahan jugak hensem bapak aku ni...", sambung Pak Leman sambil tersengih.

Hari demi hari... minggu demi minggu... Pak Leman melakukan perkara yang sama. Menatap wajah yang disangkakan wajah ayahnya sambil memuji-muji kehenseman wajah tersebut. Kelakuan Pak Leman tersebut menyebabkan Mak Limah tertanya-tanya dan timbul syak wasangka.

"apalah yang dibuatnya dalam bilik tu??", hairan Mak Limah.

"bila keluar je... tersenyum-senyum...", semakin bertambah kehairanannya.

"tak boleh jadi ni. baik aku periksa", serius Mak Limah.

Maka Mak Limah menanti hari yang sesuai untuk memeriksa bilik. Dan tibalah hari yang dinanti-nantikan. Ketika Pak Leman ke pekan pada hari minggu sepeti yang dilakukannya sebelum ini, Mak Limah melakukan operasi pemeriksaan itu. Satu persatu almari dibuka. Namun tidak juga ketemui. Tiba-tiba, Mak Limah ternampak satu kotak di bawah katil. Perlahan-lahan dia menarik kotak tersebut. Lalu dibukanya. Maka terjumpalah cermin itu. Tersentak jantung Mak Limah melihat wajah yang terpampang pada cermin itu. Ketika itu juga, Pak Leman pulang dari pekan. Mak Limah terus berlari ke arah suaminya.

"ooo.. ni rupanya kerja awak selama ni!!", marah Mak Limah.

"kenapa ni??", Pak Leman tergaru-garu kepalanya.

"patutlah selama ni tersengih-sengih, rupa-rupanya ada perempuan lain", terjerit-jerit Mak Limah.

"dah la tak cantik, tua pulak tu. ada hati nak kahwin lain", tambah Mak Limah lagi.

Mak Limah terus mengangkat cermin itu setinggi-tinggi yang boleh lalu menghempaskannya ke lantai. Berkecai cermin itu dan bertaburan kaca-kaca di atas lantai. Ternganga mulut Pak Leman melihat wajah ayahnya sudah berkecai. Tiada apa yang mampu Pak Leman buat melainkan menitiskan air matanya. Walau bagaimanapun, Pak Leman berhasrat untuk membeli cermin lagi pada minggu depan.

-tamat-


*diceritakan drpd seorg cikgu

Thursday, April 1, 2010

Jagalah Lidah

بسم الله الرحمن الرحيم

Coretan kali ini sebagai tazkirah utk ana terutamanya dan juga kpd saudara2 seislam semua.....


Bercakap tentang lidah... Semua org tahu tentangnya. Sungguh besar nikmat lidah yg diberikan oleh ALLAH utk kita. Dengannya dpt kita membezakan antara Islam dgn Kafir. Memang tdk dinafikan bahawa lidah ada kebaikannya dan tdk dinafikan juga bahawa lidah ada keburukannya.


Seperti yg kita maklum, banyak ayat Al-Qur'an, Hadis nabi S.A.W, pepatah Arab dan pepatah Melayu berkenaan dgn lidah, antaranya...

قال الله تعالى : ( ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتمواه ) الحجرات : 12

Maksudnya : Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yg lain, adakah antara kamu suka memakan daging saudara kamu yg telah mati, nescaya kamu tidak menyukainya.

قال رسول الله : ( من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقول خيرا أو ليسمت ) أو كما قال

Maksudnya : Nabi S.A.W bersabda : (barang siapa beriman dgn ALLAH dan Hari Akhirat, maka berkatalah perkara yg baik atau diamlah)

قال العرب : لو كان الكلام من فضة لكان السكوت من ذهب

Maksudnya : Pepatah Arab ada menyebut : Sekiranya percakapan itu daripada perak, maka diam itu pula daripada emas.

وقال ايضا : اللسان كالسيف ان لم تقطعه قطعك

Maksudnya : Arab ada menyebut lg : Lidah itu umpama pedang, sekiranya kamu tdk memotongnya, maka ia akan memotong kamu.

Pepatah Melayu ada menyebut : Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya.

Melayu ada menyebut lg : Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.


Ketahuilah wahai saudara seislamku, bahawa kita amat dituntut oleh agama kita supaya menjaga lidah. Islam menuntut kita supaya menjauhi perkara2 buruk yg datangnya daripada lidah. Antaranya, bersumpah selain ALLAH, saksi palsu, melaknat, menipu, mengumpat, mengeji dan sebagainya.


Di sini, ana ingin fokuskan tentang 'mengumpat' atau dlm bahasa Arabnya 'ghibah'. Ghibah atau mengumpat ini bermaksud kita bercakap tentang saudara kita apa yg dimarahinya sekiranya dia mengetahui perkara tersebut. Perbuatan mengumpat ini tdk akan berlaku sekiranya kita keseorangan tetapi mengumpat ini akan berlaku dgn adanya dua individu atau lebih dari itu.


Perbuatan mengumpat ini tdk tertumpu hanya pada lidah, malah mengumpat juga blh terjadi dgn pergerakan badan kita, isyarat2 atau perkara2 yg hanya difahami oleh sebelah pihak shj. Sesungguhnya semua perkara itu dilarang dalam Islam kerana tergolong dalam kategori 'ghibah'.


Apabila kita dilarang utk mengumpat, maka kita juga dilarang utk ikut serta dalam mengumpat. Maksudnya, kita juga dilarang utk mendengar umpatan itu, menghadirkan diri kpd tempat2 mengumpat, enggan menasihati si pengumpat dan sebagainya. Sesungguhnya kita amat dituntut utk menjauhi perkara2 tersebut.


Disebalik pengharaman perbuatan mengumpat ini, namun di sana ada juga yg dibolehkan dalam Islam. Pertama, seorang yg dizalimi mengadu kpd pihak berkuasa tentang perilaku org yg zalim itu. Kedua, menyatakan sifat seseorang utk membezakannaya dgn orang yg lain. Ketiga, memberitahu seseorang supaya menjauhi individu yg tidak baik. Keempat, menyebut perbuatan buruk atau maksiat seseorang yg dilakukan secara terang2an. Kelima, meminta fatwa dgn menyebut kesalahan seseorang. Keenam, meminta drpd pihak berkuasa spy menghapuskan sesuatu kegiatan maksiat.


Ketahuilah semua, bahawa seseorang yg mengumpat itu tlh melakukan dua kesalahan. Pertama, kesalahan pd hak ALLAH. Maka si pengumpat itu hendaklah menyesali dan bertaubat atas apa yg tlh dilakukan. Kedua, kesalahan pd hak hamba. Maka si pengumpat itu hendaklah berjumpa dgn org yg diumpatnya dan meminta maaf atas kesalahannya itu. Sekiranya tdk mampu utk berjumpa dgnnya, maka beristighfarlah kpd ALLAH dan mendoakannya.


Sekadar ini saja tazkirah ana pd kali ini. Sama2 lah kita renung2kan dan sama2 lah kita memperbaiki kesalahan kita semua. Kerana ALLAH itu melihat perbuatan kita dan mendengar percakapan kita.


والله تعالى أعلم




Saturday, March 13, 2010

Tahniah

Assalamualaikum W.B.T.


Bismillah....
Pertama skl ana nk mntk maaf
sbb dh agak lama ana x update blog ni.
X tau la ape yg menghalang ana
utk mengupdate blog ni.
Mungkin sdh kekurangan idea...


Pd kali ni, ana ingin mengucapkan
TAHNIAH!!!
kpd semua calon SPM & STAM 2009
atas kejayaan yg cemerlang.
Harapan ana utk mereka yg berjaya,
jadikanlah kejayaan itu utk
membangunkan agama ISLAM.


Kpd mereka yg kurang bernasib baik,
jangan sesekali berputus asa,
jadikanlah kegagalan itu sbg batu lonjatan
utk mencapai kejayaan di masa akan datang.
Sekali gagal, x bermakna terus gagal.


Akhir sekali, ingatlah
wahai semua lepasan SPM,
Di hadapan kita terdapat satu lg
S.P.M!!!
yg akan menentukan kejayaan sebenar kita.
iaitu..........
Soalan Padang Mahsyar!!!


*Biarlah sedikit shj yg ana postkan, janji terupdate jgk blog ni....

Saturday, February 6, 2010

Rehlah Mekkah, Taif & Jeddah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

3 Februari 2010, Rabu.

# 8:00 pg
- Bertolak ke stesen bas utk ke Mekkah. (30 org pesrta)
# 10:45 pg
- Bertolak dr Madinah ke Mekah.
# 3:00 ptg
- Sampai di Mekkah.
- Terus menunaikan umrah.
# 4:00 ptg
- Bergerak ke rumah pljr2 Mlysia di Mekkah.
# 5:00 ptg
- Proses penyewaan kereta (6 buah kereta). Terus berangkat ke rumah En. Khuzaini (rakyat Mlysia yg bekerja di Mekkah)
# 8:00 mlm
- Makan malam di rumah En. Khuzaini.
- Sesi ta'aruf dan sedikit perkongsian.
- Tidur.


4 Februari 2010, Khamis.

# 7:00 pg
- Sarapan.
- Bergerak ke Taif bersama En Khuzaini dan keluarga (7 buah kereta).
# 12:00 tghari
- Sampai di Taif.
- Melawat masjid Abdullah bin Abbas.

bahagian hadapan masjid

bahagian dalam masjid

- Melawat masjid Al-Kou' (dikatakan masjid di mana Rasulullah S.A.W menunaikan solat ketika datang ke Taif)

bahagian luar masjid

bahagian dalam masjid

- Melawat masjid Al-Madhun (masjid yg dibina ketika zaman Uthmaniyyah. Terkenal dgn menaranya yg berbentuk silinder)

bahagian luar masjid

menara masjid

- Singgah di tempat pengagihan air.

air sdg diisi ke dalam tangki lori

- Bergerak ke Shafa (kawasan tanah tinggi di Taif)

di pertengahan gunung

di puncak gunung. suhu mencecah 8 drjh celcius

# 6:00 ptg
- Bergerak ke tempat penginapan.
- Singgah di kedai buah-buahan.

pelbagai jenis buah dijual

# 7:00 mlm
- Sampai di tempat penginapan.
- Makan malam.
- Berjalan2 di kedai.
- Tidur.


5 Februari 2010, Jumaat.

# 8:00 pg
- Sarapan.
# 10:00 pg
- Bergerak ke Jeddah.
# 12:00 tghari
- Sampai di Jeddah.
- Solat Jumaat di bandar Jeddah.

solat Jumaat di masjid ini

- Makan tengahari (berhampiran laut).
- Majlis penutup.


- Berjalan2 di Corniche Mall.

Corniche Mall

- Melintasi air pancut tertinggi.


# 7:30 mlm
- Berjalan2 di kedai laptop.
# 9:00 mlm
- Bertolak ke Mekkah.
# 10:30 mlm
- Sampai di Mekkah.
- Mengembalikan kereta yg disewa.
- Bergerak ke stesen bas.
# 11:30 mlm
- Bertolak dr Mekkah ke Madinah.


6 Februari 2010, Sabtu.

# 4:30 pg
- Selamat sampai di Madinah.

Thursday, January 21, 2010

Peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم

sekadar hiasan

Assalamualaikum. Pejam celik... pejam celik, terasa begitu pantas waktu berlalu. Sudah hampir 4 bulan keberadaan ana di Madinah Al-Munawwarah. Sesi pengajian utk semesta pertama juga tlh habis dan kini tibalah pula musim peperiksaan.

Utk peperiksaan akhir bg semesta pertama akan bermula pd 23 Jan 2010 (Sabtu) sehingga 31 Jan 2010 (Ahad) iaitu selama 7 hari. Mahu tak mahu, terpaksalah ana hadapinya juga.

jadual peperiksaan (haraf maaf, gambar kabur)

Terjemahan :-
Sabtu : Fiqh
Ahad : Nahu
Isnin : Sirah An-Nabawiyyah
Selasa : Tauhid
Rabu : Tarikh Tasyri'
Sabtu : Usul Fiqh
Ahad : Tarikh Al-Mamlakah (Sejarah Saudi)

Oleh itu, doa2 kalian amat diharapkan agar ana dapat menjawab dgn tenang dan sempurna serta mendapat keputusan yg cemerlang.

Akhir kata, ana dahului dgn ucapan jutaan terima kasih. Wassalamualaikum....

Friday, January 15, 2010

my 1st Umrah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 13 Jan 2010 bersamaan dgn 27 Muharram 1431 iaitu hari Rabu, tercatat 1 lg sejarah yg amat bermakna dlm hidupku. Sejarah itu dinamakn sbg Umrah Pertamaku.... Utk kali ini, ana ingin berkongsi pengalaman Umrah ana sekadar menerusi gambar2 yg sempat ditangkap....

Ni gambar ketika nk bertolak ke Mekah. Bersama ana seramai 8 org dan kami menaiki sebuah MPV yg dipandu oleh senior kami. Kami bertolak lbh krg pkl 6 ptg.

Slps setengah jam perjalanan, kami tiba di Miqat Zulhulaifah utk berihram. Ni kt tmpt persalinan.

Ni plk kt parkir kereta. Utk berihram ni, kami singgah hanya 20 mnt.

Setelah 1/3 perjalanan, kami singgah di R&R utk mengisi perut. Skrg ni tgh tggu makanan.

Sampai pun makanan....

Sekadar hiasan. Ketika nk berangkat, kami ternampak dgn lori yg membawa kambing2. Ape lg, bergambar la....

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jgk di bumi Mekah pd pkl 12 mlm. Sesampai je, kami dibawa ke tmpt penginapan utk meletak barang2. Berehat seketika dan terus menunaikan Umrah.

Inilah tmpt penginapan kami. Sebuah hotel yg diuruskan oleh seorg rakyat Malaysia, tp pemiliknya penduduk Mekah.

Ni ketika selesai menunaikan Tawaf. Agak sekejap krn tdk begitu ramai yg melakukan Tawaf ketika ini.

Ni pula, slps menunaikan Sa'ie.

Slps tu ape lg, maka bertahlul la..... Alhamdulillah, akhirnya selesai sdh ibadah Umrah. Moga ianya diterima oleh ALLAH.

Eh, lupe la plk... sblm tu, kami sempat bergambar di hdpn bangunan pencakar langit. Salah satu projek mega Saudi dan hampir siap. Betul2 dpn Masjid Haram.

Keesokan harinya pula, tibalah masa utk bersiar2. Ni kt dlm bangunan td yg sdh siap. Memang dasyat....

Sblm kami berangkat pulang ke Madinah, kami sempat mengisi perut di sebuah Restoran Surabaya. Salah satu restoran Indonesia di Mekah.

Dan sblm meninggalkan hotel, kami sempat bergambar dgn pengurus hotel tersebut yg amat peramah dan 'sporting'. Slps itu, kami terus bertolak ke Madinah pd pkl 12 mlm dan akhirnya sampai pkl 4 pg.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ana panjatkan kpd ALLAH yg tlh menjaminkan keselamatan kami ketika pergi, ketika berada di Mekah dan ketika pulang. Ana berdoa agar sekali lg berpeluang utk datang ke Mekah utk menunaikan ibadah Haji pula. Amin......


-SEKADAR TAMBAHAN-