RSS

Thursday, December 8, 2011

Setianya 'Isteri Pertama'

بسم الله الرحمن الرحيم





Alkisahnya, pada zaman dahulu kala ada seorang raja yang mempunyai 4 isteri.


Raja ini sangat menyintai isteri keempatnya dan selalu menghadiahkannya pakaian-pakaian yang mahal dan memberinya makanan yang paling sedap. Hanya yang terbaik sahaja yang akan diberikan kepada isteri keempatnya.


Dia juga sangat memuja isteri ketiganya dan selalu membawanya ke pejabat-pejabat untuk memperkenalkan kepada orang lain. Ini kerana dia takut suatu hari nanti, isteri ketiganya ini akan meninggalkannya.


Raja itu juga menyayangi isteri keduanya. Kerana isteri keduanya ini merupakan tempat dia mencurahkan segala masalahnya. Isteri kedua ini sangat peramah, sentiasa mengambil berat dan bersikap sabar terhadapnya.


Isteri pertama raja adalah pasangan yang sangat setia dan telah memberikan penglibatan yang besar dalam pemeliharaan kekayaan dan untuk kerajaannya. Akan tetapi, raja tidak peduli sangat terhadap isteri pertamanya namun isterinya tetap setia kepadanya.


Tiba-tiba pada suatu hari, raja telah jatuh sakit dan dia sedar bahawa kematiannya sudah dekat.


Sambil merenungi kehidupannya yang sangat mewah itu, raja berfikir, “Masa ini aku memiliki 4 isteri disampingku, tapi ketika aku pergi, mungkin aku akan sendirian”.


Lalu, bertanyalah dia pada isteri keempatnya, “aku paling mencintaimu, aku sudah menghadiahkanmu pakaian-pakaian yang paling cantik dan memberi perhatian yang sangat besar hanya untukmu. Sekarang aku nazak, adakah kau akan mengikutiku dan tetap menemaniku?”


“Tidak mungkin!” balas si isteri keempat itu, dia pun pergi tanpa mengatakan apapun lagi.


Jawapan isterinya itu bagaikan pisau yang tepat menusuk jantungnya.


Raja yang sedih itu kemudian berkata pada isteri ketiganya, “Aku sangat memujamu dengan seluruh jiwaku. Sekarang aku sakit, apakah kau tetap mengikutiku dan selalu bersamaku?”


“Tidak!” sahut sang isteri. “Hidup ini begitu indah! Jika kau meninggal, akupun akan menikah kembali!”


Perasaan raja pun semakin hampa dan membeku.


Beberapa saat kemudian, raja bertanya pada isteri keduanya, ” Selama ini, bila aku memerlukanmu, kau selalu ada untukku. Jika nanti aku meninggal, apakah kau akan mengikutiku dan terus disampingku?”


“Maafkan aku, untuk kali ini aku tidak dapat memenuhi permintaaanmu!” jawab isteri keduanya. “Yang dapat aku lakukan, hanyalah menemanimu menuju tanah perkuburan.”


Jawapan isteri ketiga bagaikan petir yang menyambar dan menghancurkan hatinya.


Tiba-tiba, sebuah suara berkata:


“Aku akan bersamamu dan menemanimu kemanapun kau pergi.” Raja menoleh kepalanya mencari-cari siapa yang berbicara dan terlihatlah isteri pertamanya. Dia kelihatan begitu kurus, seperti menderita kekurangan zat.


Dengan penyesalan yang sangat mendalam kesedihan yang amat sangat,raja berkata sedih, “Seharusnya aku lebih mengambil berat kepadamu jika aku masih punya banyak kesempatan!”



Kesimpulannya :


Dalam realitinya, sesungguhnya kita semua mempunyai '4 isteri' dalam hidup kita.


'Isteri keempat' kita adalah tubuh kita. Tidak peduli berapa banyak masa dan usaha yang kita habiskan untuk membuatnya kelihatan bagus, tetap dia akan meninggalkan kita saat kita meninggal.


Kemudian 'Isteri ketiga' kita adalah cita-cita, kedudukan dan kekayaan kita. Selepas kita meninggal, semua itu pasti akan jatuh ke tangan orang lain.


Sedangkan 'isteri kedua' kita adalah keluarga dan teman-teman kita. Tidak peduli berapa lama masa yang sudah dihabiskan bersama kita, tetap saja mereka hanya dapat meneman dan mengiringi kita hingga ke tanah perkuburan.


Dan akhirnya 'isteri pertama' kita adalah jiwa, roh, iman kita, yang sering kita abaikan kerana sibuk memburu kekayaan, kekuasaan dan kepuasan nafsu. Padahal, jiwa, roh, atau iman inilah yang akan mengikuti kita kemanapun kita pergi.



*sekadar copy & paste...

Monday, November 14, 2011

Haji 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Pd 31 Oktober 2011, brmulalah prjalanan haji...

(suasana sebelum bertolak ke Mekah)

Sesampainya di Mekah, kami semua trs menunaikan umrah (sbb wat haji tamattu')...

(selesai menunaikan umrah)

Pd 8 Zulhijjah, kami pn brniat haji...

Pd 9 Zulhijjah, kami memasuki 'Arafah...


(berwukuf di 'Arafah)


(di 'Arafah lagi)


(bergerak ke Muzdalifah)

Slps 2, kami brmalam di Muzdalifah...

Slps brmalam, kami ke Masjid Haram utk tawaf ifadoh & kemudiannya brcukur... maka selesailah tahallul awal...


(berpusu2 ke Masjid Haram)

Pg 2, kami ke tmpt penyembelihan utk laksanakan amanah korban...

(kambing2 yang akan dikorbankan)


(ambil kesempatan)

Malamnya plk, kami brgerak ke Mina utk brmalam di sana...

(bergerak ke Mina)


(menuju ke Jamrah)


(selesai melontar)

Selesai nafar awal, kami pn berangkat pulang ke Madinah...



*Ginilah jadinya kalau dah malas nk menulis...

Monday, October 3, 2011

Sedikit Ucapan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum WBT... Utk kali ni, x ade ape2 pn yg menarik utk dkongsikn. Cuma ana nk ambil kesempatan ni utk mengucapkan beberapa ucapan.

*Ucapan Yang Pertama...

Ana ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) kpd semua calon yg akn mengambilnye pd taun ni iaitu pd 4 Oktober ni... khususnye kpd adek ana 'AMMAR BIN MUSTAPHA yg kini bljr di Sekolah Menengah Islam Hira', Klang. Semoga dpt jwb soklan2 dgn tenang & semoga dpt kejayaan yg cemerlang. Amiiin...


*Ucapan Yang Kedua...

Ana jgk ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) kpd semua calon yg akn mengambilnye pd taun ni iaitu pd 12 Oktober ni... khususnye kpd adek ana MARYAM BINTI MUSTAPHA yg kini bljr di Maahad Mardhiyyah, Panchor. Semoga dpt mumtaz sume subjek & semoga dpt memberi manfaat kpd masyarakat. Amiiin...


*Ucapan Yang Ketiga...

Seperti yg kite sdh maklum, kite skang sdh hampir utk memasuki bln Zulhijjah di mana rmai umat Islam akn menunaikn fardhu Haji. Pd kesempatan ni, ana ingin mengucapkn SELAMAT DATANG & AHLAN WASAHLAN kpd sume jemaah haji Mlysia yg menjadi tetamu2 ALLAH utk taun ni. Semoga diberi kesihatan tubuh badan & semoga mendpt haji yg mabrur serta diampunkn segala dosa yg lalu. Amiiin...


(sebahagian jemaah haji Malaysia)

(sedang ditemuramah oleh wartawan)

(para muzawir sedang diberi latihan)

Friday, September 23, 2011

Riyadh, Ibu Negara Arab Saudi

بسم الله الرحمن الرحيم

Pd Isnin lps (19/9/11), ana & 3 org sbht laen tlh brmusafir ke ibu ngra Arab Saudi iaitu Riyadh. Kami brtlk dr Madinah pd pkl 1 pg. Kami pilih pkl 1 pg sbb cuaca agk sejuk sdkt brbndg brtlk pd waktu siang. Kami ke sana dgn menaiki kereta. Jarak prjalanan dr Madinah ke Riyadh adlh sejauh lbh krg 800 km & akn mengambil masa selama lbh krg 8 jam dgn purata kelajuan 120-140 km/j.

Semasa prjalanan, x ade ape pn yg nk dceritakn sbb malam, x nmpk ape2 pn kecuali lampu kereta. Tp byk jgk la kami berhenti utk isi myk, rehat, ilangkn ngantuk, cari tandas & seumpamanye. Nk dpendekkn cerita, kami smpai d Riyadh lbh krg pkl 9.30 pg. Waktu 2 mmg dh panas sbb masa d Riyadh lbh awal drpd Madinah.


(bersama dgn shbt2 yg laen)

Masa kami tiba d Riyadh, mmg kami x tau nk tuju mana sbb sume org 1st time dtg Riyadh. Kami pn wat kptsn utk cari msjd sbb kt msjd blh relax2 cket & blh mndi. Tp yg jd masalahnye, nk cari msjd yg selesa pn ssh. Last2, kami wat kptsn utk g msjd airport Riyadh sbb mmg kami tau airport Riyadh ade msjd besar & cantik jgk la. Nk cari msjd 2 x de la ssh sgt sbb mmg byk signboard. Kt msjd 2 kami pn mndi la & tido skjp utk ilangkn ngantuk.

(dlm msjd airport)

Sbnrnye kami ke Riyadh mmg x tau lg mana kami nk tido. Kami pn bncg2 & last skl dpt la 1 nmbr tepon ni. Kami pn call la die. Alhmdllh, ALLAH mudahkn urusan kami & kami pn dpt la tmpt utk brmalam. Tuan umah 2 adlh Prof Rahim, seorg profesor Mlysia yg keje kt Riyadh. Klu x de Prof Rahim, mmg ktorg merempat kt tepi jln la, tido dlm kete. Die tggl ngan isteri die & 6 org ank (klu x clap la). Ptg 2 kami pn pergi la umah die. Sesampai je, mknn dh trhidang ats meja. Mmg rezeki kami la 2. Lps mkn kami berehat skjp sbb nk trskn agenda slps ni.

Tujuan asal kami ke Riyadh adlh utk brjmpe ngan sorg kwn ni kt airport Riyadh. Die dtg dr Mlysia & akn ke Jordan tp transit d Riyadh selama 20 jam. Mgrb 2 kami pn pergi la airport 2 utk jmpe ngan die. Tp perancangan ALLAH mengatasi perancangan manusia. Kami x dpt jmpe die sbb x blh kuar dr airport. Die kne dok dlm 2 sbb die x de visa utk kuar. Kt airport 2, byk lg mende yg brlaku tp ana x nk citer sbb mgkn x pntg kot. Mgkn peristiwa ni akn jd pengalaman & pengajaran wat kami sume. Memandangkn x de ape yg blh wat, kami pn blk la ke umah Prof Rahim td.

(King Khalid Airport)

Keesokan harinye plk, ade agenda yg lbh pntg utk kami settlekn. Tujuan sampingan kami ke Riyadh iaitu mengambil kitab2 percuma. Pg Selasa 2 kami pn kuar umah utk cari tmpt yg bg kitab2 tu. Mmg ssh nk cari sbb sumenye 1st time & tny kwn2 kt Madinah pn sume ckp x tau, x igt. "Malu brtanya, sesat jln", pepatah ni la kami pegang. Kami tny rmai org kt tepi2 jln dgn brtemankn sebuah GPS. GPS ni la yg byk memudahkn kami pusing2 Riyadh ni. Alhmdllh, akhirnye kami jmpe jgk tmpt 2. Urusan utk ambil kitab2 x de la ssh sgt & x perlu masa yg lame. Lbh krg sejam, urusan ambil kitab2 pn selesai.

(kitab2 percuma)

Yg jd masalahnye adlh nk cari tmpt utk pos kitab2 tu ke Madinah. Nk bwk ngan kete mmg x blh la sbb sorg dpt 5 kotak. Klu 4 org dh 20 kotak. Mmg sakit la kete 2. Tny kwn2 yg dh penah pos kita sumenye ckp x igt, x tau kt mane. So, kne la cari sndri. Cari punye cari jmpe la tmpt utk pos brg tp harganye plk mahal. Kami pn cari la lg tmpt len. Alhmdllh, ALLAH mudahkn lg urusan kami. Kami jmpe 1 syarikat ni, harganye pn mmg brbaloi. Maka selesai la agenda ambil kitab.

Urusan psl kitab ni selesai pd waktu Mgrb. Mmg penat la sbb dr pg smpai la Mgrb bru
settle sume. Yg bestnye, aktiviti malam 2. Kami sume brsetuju utk naek Kingdom Tower, menara trtinggi d Riyadh (klu nk tau mcm mane menara 2, search kt tenet 'Kingdom Tower Riyadh'). Utk naek sky bridge ni sorg kne byr 25 riyal shj, mmg brbaloi la. Kingdom Tower ni tingginye 300 meter & ade 99 tgkt sumenye (mcm blgn name2 ALLAH. Kebetulan ke mmg sengaja??). Kt ats sane kami dpt lihat pemandangan sekitar bndr Riyadh. Mmg cantik sbb waktu mlm kita dpt tgk lampu2. Yg bestnye, mmg x de had masa utk dok ats 2. Ikut korg la nk dok brape lame tp menara 2 ttp pkl 12 mlm, mmg kne trn jgk la mcm mane pn.

(mall dlm Kingdom Tower)

(pemandangan pd ketinggian 300 meter)

Sblm kami naek Kingdom Tower, kami ade pergi ke 1 tmpt ni namenye Batha. Kt Batha ni mcm pasar Chow Kit kt KL atau 'Atabah kt Cairo la. Kt c2 ade jual mcm2, yg kami teruja nk ke sana sbb Prof Rahim ckp kt c2 ade jual brg elektronik yg murah2. Tp kami x dpt sggh sbb mmg sesak sgt, mmg x de parking. Lgpn waktu slt Mgrb dh msk. Kami wat kptsn utk trs ke Kingdom Tower.

Lps trn dr
Kingdom Tower, kami pn trs blk ke umah Prof Rahim. Yg sedihnye, isteri Prof Rahim dh sediakn kami mkn tghari tp kami x blk mkn sbb mmg x de masa utk blk. Tp x pe, mkn tghari 2 kami mkn skl ngan mkn mlm. Maka abes la agenda utk 1 hari penuh & trlelap la kami.

Pg esoknye, kami wat kptsn utk blk ke Madinah sbb sume urusan dh selesai. Mmg x de ape2 dh nk dibuat. Pg 2 kami brsarapan ngan Prof Rahim & kemudiannye kami pn brtlk ke Madinah. Kami berangkat pd pkl 8 pg & Alhmdllh, kami selamat tiba d Madinah lbh krg pkl 4 ptg. Nmpk mcm cket je tmpt yg kami pergi tp sbnrnye byk jgk la tmpt yg kami pergi cume x de mende pn citer. Antaranye Universiti Imam. Universiti ni antara universiti yg ade student Mlysia tp x rmai. Mmg x smpai 10 org pn. Lg 1 kami lalu Universiti Amirah Noura. Satu2nya universiti yg ade keteapi kt dlm 2. Nk ckp besar x besar universiti ni smpai kne ade keteapi. Kami dbgtau bhw projek keteapi 2 org Mlysia yg wat. Mmg kagum jgk la. Klu sume nk tau, kne g sndri la ye. (x smpt nk amek gmbr 2 universiti tu)

(brsarapan brsama tuan rumah)

Emm... rasenye dh x de nk citer dh kot. Stkt ni je kot utk kali ni. Sehingga brjmpe lg d laen prjmpaan. Hehe... Insya ALLAH.

Terima kasih kpd :
- Prof Rahim & keluarga : penaja penginapan
- Ahmad Zakwan : driver kami
- En GPS : penunjuk jalan
- & semua yg byk tlg kami scr lgsg atau x lgsg


"Berjalanlah & Bermusafirlah"

Monday, September 5, 2011

Raya & Puasa

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT...

Rasenye blom trlambat lg kot utk ana mengucapkn.....


Selamat Hari Raya Idilfitri
Maaf Zahir & Batin
كل عام وانتم بخير
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
من العائدين والفائزين



Sementara bln Syawal blom berakhir, marilah kita sama2 berpuasa enam hari di bln Syawal...

Kerana fadhilatnya sggh besar seperti mana yg trdapat dlm hadith Rasulullah SAW...


عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: مَن صام رمضان ثم أتبعه بستة أيام من شوال كان كصيام الدهر

Maksudnya :
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).

Tuesday, August 2, 2011

Ada Kesannya

بسم الله الرحمن الرحيم

Semua orang tahu bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan padanya Al-Qur'an dan bulan di mana umat Islam digesa untuk membaca Al-Qur'an dengan sebanyak yang mungkin kerana semua amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan digandakan pahalanya. Bercakap mengenai membaca Al-Qur'an, kali ini saya akan berkongsi sedikit cerita yang berkaitan dengan membaca Al-Qur'an.

Ceritanya bermula begini...

Di sebuah kampung yang terletak di Amerika Syarikat, ada seorang datuk tinggal bersama dengan seorang cucunya di sebuah rumah. Si datuk ini sangat rajin membaca Al-Qur'an. Boleh dikatakan setiap hari dia akan membaca Al-Qur'an tidak kira pagi mahupun malam.


Nak dijadikan cerita, pada suatu hari dalam musim sejuk si datuk sedang berehat di tepi unggun api untuk memanaskan badan sambil membaca Al-Qur'an. Lalu datanglah si cucu kepada datuknya. Si cucu itu kemudiannya duduk bersebelahan dengan datuknya. Lalu bertanyakan kepada datuknya satu soalan.


"Atuk! kenapa setiap hari atuk baca Al-Qur'an?. Atuk faham ke apa yang atuk baca?". Soal si cucu kehairanan.

"Memang atuk tak faham apa yang atuk baca, cuma ada sesetengah ayat yang atuk faham". Jawab si datuk.

"Buat apa baca Al-Qur'an kalau kita tak faham?. Lebih baik tak payah baca". Si cucu bertanya lagi.

Mendengar saja soalan itu, si datuk terdiam seketika memikirkan cara yang terbaik untuk menjawab soalan cucunya itu. Si datuk amat tahu bahawa cucunya itu dan kanak-kanak sebaya dengan cucunya tidak akan mengerti sekiranya dia mengajar cucunya dengan melontarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadith-hadith Rasulullah SAW.

Lalu si datuk mengambil bakul yang berisi kayu api kemudiannya memasukkan kayu api itu ke dalam unggun api. Selepas itu, si datuk menghulurkan bakul itu kepada cucunya dan meminta supaya mengambil air dari sungai yang berdekatan. Tanpa mempersoalkan permintaan datuknya itu, si cucu pergilah ke sungai untuk mengambil air dengan menggunakan bakul itu.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, air di dalam bakul semakin berkurang. Apabila sampainya di rumah, didapati bakul itu sudah pun kosong. Tidak ada sedikit pun air di dalamnya. Lalu si cucu memberikan bakul itu kepada datuknya. Selepas mendapati bakul itu tidak mengandungi air, si datuk menyuruh lagi cucunya untuk mengambil air di sungai dengan menggunakan bakul yang sama. Si cucu pun pergilah ke sungai tanpa membantah. Setibanya si cucu di rumah, didapati bakul itu tetap kosong. Si datuk menyuruhnya lagi sehingga beberapa kali tapi hasilnya tetap sama. Bakul itu tidak mengandungi air walaupun sedikit. Dengan rasa hairan, si cucu pun bertanya kepada datuknya.

"Kenapa atuk suruh saya ambil air dengan bakul ni? Mana boleh ambil air dengan bakul ni sebab nanti air akan keluar melalui lubang-lubang ni". Tanya si cucu sambil menggaru kepala.

"Sebelum kamu mengambil air dengan bakul ni, macam mana keadaan bakul ni? Bersih atau kotor?. Tanya si datuk.

"Mestilah kotor". Jawab si cucu ringkas.

"Sekarang, macam mana keadaan bakul ni? Bersih atau kotor?. Tanya si datuk lagi.

"Sudah bersih". Jawab si cucu sambil memerhatikan bakul itu.

"Macam nilah keadaan hati kita jika kita sentiasa membaca Al-Qur'an. Sekiranya kita membaca Al-Qur'an walaupun kita tidak memahami langsung ayat-ayat Al-Qur'an, hati kita akan menjadi bersih. Semakin banyak kita membacanya, semakin bersih hati kita umpama mengambil air dengan bakul ni yang tadinya kotor lalu menjadi bersih walaupun tidak mengandungi sedikitpun air". Terang si datuk dengan berhikmah.

Sekarang barulah si cucu faham mengapa datuknya sentiasa membaca Al-Qur'an walaupun dia tidak memahami ayat-ayat Al-Qur'an. Si cucu juga faham kenapa datuknya sentiasa menyuruh dia membaca Al-Qur'an. Rupa-rupanya ada kesan yang positif kepada hati sekiranya membaca Al-Qur'an.


Begitulah kesudahan ceritanya...

Sebagai penutup untuk kali ini, sama-samalah kita hayati & renungi sepotong hadith Rasulullah SAW ini...

عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- يقول: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-:
من قرأ حرفاً من كتاب الله فله به حسنة، والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول: آلم حرف، ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف


Maksudnya :

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA berkata, bersabda Rasulullah SAW :
"Barang siapa yang membaca satu huruf daripada AL-Qur'an, maka baginya satu pahala. Dan satu pahala itu digandakan sebanyak sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf"


والله تعالى أعلم

Tuesday, July 19, 2011

Persediaan

بسم الله الرحمن الرحيم


Apabila seseorang itu ingin bermusafir, dia akan membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan. Dia akan memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang paling baik seperti enjin, tayar, minyak, cukai jalan dan sebagainya. Dia juga akan memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang perjalanan.

Sama juga dengan mereka yang ingin melangkah ke alam persekolahan. Seseorang itu akan memastikan pakaian seragam sekolah sudah dibeli dan tersimpan rapi di dalam almari. Begitu juga dengan alat tulis, dia akan memastikan semuanya sudah dibeli dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Begitu juga halnya dengan mereka yang ingin menduduki peperiksaan terutamanya peperiksaan yang penting. Seseorang itu akan membuat persediaan menghadapi peperiksaan seperti mengulang kaji pelajaran, membuat latih tubi, berbincang dengan rakan-rakan dan sebagainya. Apabila peperiksaan sudah dekat, dia pula akan memastikan semua alat tulis yang berkaitan sudah berada dalam keadaan yang baik.

Apabila seseorang itu ingin mendirikan rumah tangga, sememangnya lebih banyak yang perlu dia lakukan termasuklah menyiapkan semua dokumen yang diperlukan, menghadiri kursus kahwin, melakukan ujian HIV dan banyak lagi. Dari segi persiapan kenduri pula, dia mestilah memastikan semuanya sudah diuruskan dengan sebaik mungkin agar segalanya berjalan dengan lancar nanti.

Bagaimana pula persediaan menghadapi bulan Ramadhan?? Adakah kita lupa bahawa untuk menghadapi bulan Ramadhan juga memerlukan persediaan?? Banyak yang kita boleh lakukan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Antaranya kita boleh melakukan puasa-puasa sunat. Kita juga boleh melatih diri kita untuk bangun di tengah malam untuk mengerjakan solat-solat sunat. Begitu juga dengan bacaan Al-Qur'an, kita hendaklah melatih diri kita untuk membaca Al-Qur'an pada setiap hari. Yang paling penting, kita mestilah menyiapkan diri kita dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bulan Ramadhan agar kita dapat menjalani tarbiyyah Ramadhan dengan sempurna.


Sama-samalah kita membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang hampir tiba ini supaya Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang telah lepas.



Wednesday, June 29, 2011

Jalan & Naik

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila kita memasuki bulan Rejab, pasti kita tidak akan melupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Peristiwa penting itu adalah peristiwa al-Isra’ wal Mikraj. Ianya mengandungi pengajaran besar bagi Umat Islam khasnya dan manusia amnya. Isra’ dan Mikraj membuktikan kebesaran Allah Jalla wa ‘Ala, oleh itu amat wajarlah kisah Isra’ dan Mikraj ini diimani dengan sandaran yang sahih sahaja.

Apa itu al-Isra'??...

Al-Isra’ bermaksud memperjalankan pada waktu malam. Peristiwa Isra’ bermaksud: Diperjalankan Nabi Muhammad S.A.W oleh Allah S.W.T pada waktu malam dari Makkah al-Mukarramah menuju ke Baitul Muqaddas di Palestin.

Dalilnya firman Allah S.W.T dalam surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud :

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Apa itu al-Mikraj??...

Al-Mikraj maksudnya naik ke tempat tinggi. Maksud al-Mikraj dalam istilah adalah naiknya baginda Nabi S.A.W ke langit seterusnya ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah Jalla wa 'Ala, Tuhan yang bersemayam di atas 'Arasyh.

Dalilnya sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

'Kemudian aku dimikrajkan ke langit dunia...'-[al-Bukhari].

Rentetan Peristiwa...

Setelah kewafatan Saidatina Khadijah R.Ha dan Abu Tolib kemudian kegagalan baginda berdakwah di Thaif, baginda Nabi S.A.W mengalami perasaan sedih dan dukacita. Oleh itu, Allah S.W.T berkehendak untuk menenangkan hati baginda, menguatkan semangat baginda dan memberi anugerah istimewa buat baginda dan umatnya.

Ketika baginda sedang tidur di Hijr Ismail dalam Masjidil Haram, datanglah Malaikat Jibril A.S bersama dua lagi malaikat dalam bentuk lelaki kemudian membelah dada baginda serta mencuci hati baginda dengan air zamzam kemudian diisi dengan hikmah dan iman lalu dimasukkan semula. Baginda berada dalam keadaan antara sedar dan tidak.

Kemudian dibawakan kepada baginda Buraq yang langkahnya seluas mata memandang. Baginda S.A.W menunggang Buraq tersebut. Perjalanan baginda ditemani oleh Jibril A.S. Baginda kemudian tiba di Baitul Muqaddas lalu menambat buraq di tempat yang biasa para Nabi menambat tunggangan mereka dan solat di Masjid dua rakaat mengimamkan sekalian nabi dan Rasul terdahulu. Jibril kemudian membawa dua gelas air satu berisi susu dan satu lagi berisi arak. Baginda mengambil susu lalu meminumnya. Tindakan baginda dipuji Jibril dan dikhabarkan kepada baginda bahawa Umat baginda akan terus berada atas fitrah.

Kemudian baginda S.A.W dimikrajkan ke langit dunia. Sebaik tiba, malaikat penjaga langit akan bertanya; siapakah kamu? Jibril menjawab: Jibril. Mereka bertanya pula: Siapa denganmu. Jibril menjawab: Muhammad. Mereka bertanya pula: Sudahkah dia diutuskan? Jawab Jibril: Ya. Kemudian dibuka pintu langit dan para malaikat menyambut kedatangan baginda S.A.W. Demikianlah di setiap tingkat langit mereka ditanya dan menjawab.

Di langit pertama baginda S.A.W bertemu Nabi Adam A.S lalu Adam A.S mengucapkan: 'Selamat datang anakku yang soleh lagi nabi yang soleh'. Di kanan Adam terdapat ruh-ruh apabila dia melihatnya dia ketawa, di kirinya ada ruh-ruh hitam apabila dia melihatnya dia menangis. Jibril memberitahu baginda Nabi S.A.W bahawa ruh di sebelah kanan adalah manusia ahli syurga dan di sebelah kiri adalah ahli neraka.

Di langit kedua Nabi S.A.W bertemu dengan Isa dan Yahya Alaihimassalam.

Di langit ketiga Nabi S.A.W bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di langit keempat baginda bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di langit kelima dengan Nabi Harun A.S.

Di langit keenam baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. Apabila Nabi S.A.W hendak bergerak ke langit ke tujuh Nabi Musa A.S menangis. Apabila ditanya kepadanya dia menjawab: "Aku menangis kerana seorang muda diutus menjadi Nabi selepasku tetapi umatnya lebih banyak masuk ke syurga berbanding umatku".

Di langit ketujuh baginda S.A.W berjumpa dengan Nabi Ibrahim A.S lalu dia menyambut baginda dengan katanya: "Selamat datang anakku yang soleh dan Nabi yang soleh". Ibrahim A.S. sedang bersandar di Baitul Makmur, tempat malaikat tawaf. Baginda Ibrahim A.S berpesan: "Wahai Muhammad, sampaikan salamku pada umatmu dan beritahu pada mereka syurga itu elok tanahnya, lazat airnya dan rata tanahnya tiada berpokok, tanamannya adalah Subhanallah, wal hamdulillah, walailahaillallah wallahuakbar".

Kemudian baginda naik ke Sidratul Muntaha, sebuah pokok bidara yang sangat besar, daunnya bagaikan telinga gajah. Di sini baginda melihat Jibril A.S dalam rupanya yang asal.

Kemudian baginda naik berseorangan ke bawah 'Arasyh bertemu dengan Allah S.W.T. Allah S.W.T mendekat kepada Rasulullah S.A.W sehingga jarak baginda dengan Allah sekadar panjang anak panah atau lebih dekat. Allah S.W.T memfardhukan 50 waktu solat tetapi apabila baginda turun, Nabi Musa A.S menasihatkan baginda berjumpa Allah untuk dikurangkan waktu solat itu. Baginda berulang-alik sehingga Allah memfardhukan 5 waktu solat dan setiap 1 waktu solat diberi ganjaran 10 kali ganda sehingga 5 waktu solat itu menyamai 50 waktu solat. Diberi juga penutup surah al-Baqarah dan pengampunan dosa-dosa besar kepada mereka yang tidak melakukan syirik.

Dalam peristiwa ini juga baginda S.A.W diperlihatkan azab mereka yang mengumpat iaitu dijadikan kuku mereka daripada tembaga lalu mereka mencakar wajah dan badan mereka.

Baginda turut melihat orang-orang yang menggunting lidah mereka iaitulah mereka yang mengajar manusia kebaikan tetapi tidak melakukannya.

Baginda juga melihat 70,000 umatnya yang akan masuk ke syurga tanpa hisab.

Baginda juga melihat al-Kauthar iaitu telaga baginda dalam syurga serta empat buah sungai, dua buah daripadanya mengalir ke dalam syurga dan dua lagi di luar syurga iaitu Nil dan Furat.

Baginda turut melihat Dajjal si pembawa fitnah di akhir zaman dan melihat pokok Zaqqum yang tumbuh dalam neraka serta melihat Malaikat Penjaga Neraka.

Setiap kali baginda berjumpa dengan malaikat mereka akan berpesan: 'Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam'.

Ketika berjumpa dengan Allah S.W.T baginda dapat melihat cahaya-Nya sahaja, adapun zat Allah, tidak dapat dilihat. Baginda S.A.W pernah melihat Allah dengan hatinya dalam mimpi.

Baginda diisra' dan dimikrajkan pada malam yang sama dengan ruh dan jasad baginda berdasarkan pendapat jumhur Ahli Sunnah wal Jamaah tetapi ulama' tidak dapat menetapkan tarikh berlakunya peristiwa ini selain selepas kewafatan Khadijah dan Abu Talib.

Kemudian baginda turun semula ke dunia pada waktu subuh. Kaum musyrikin tidak mempercayai kisah ini lalu Allah S.W.T menampakkan baginda al-Masjid al-Aqsa sehingga baginda menceritakan rupa bentuknya kepada mereka. Abu Bakar as-Siddiq sebaik sahaja mendengar berita itu daripada kaum musyrik terus beliau berkata: "Jika lebih dari itu pun aku tetap membenarkan Muhammad kerana aku membenarkan perkhabaran langit". Semenjak itu beliau digelar as-Siddiq.

Pengajaran...

Antara pengajaran kisah al-Isra' dan al-Mikraj adalah.
• Keimanan terhadap perkara gahib merupakan asas aqidah Islam.
• Keimanan bahawa Allah S.W.T benar-benar bersemayam di atas Arasyh di atas langit ketujuh.
• Pentingnya solat lima waktu dan mulianya kedudukannya kerana Nabi S.A.W mengambilnya langsung dari Allah S.W.T.
Mulianya kedudukan Nabi S.A.W dan umat baginda berbanding umat terdahulu.
Baitul Muqaddas adalah hak milik Umat Islam, bukan milik bangsa Arab, Yahudi, dan lain-lain bangsa.
• Dosa mengumpat dan tidak beramal dengan apa yang dikatakan termasuk dosa besar.
Amalan berzikir dengan cara disyariatkan membawa kepada kebahagiaan akhirat.
Berbekam adalah sunnah.


Peringatan...

Terdapat cerita-cerita dalam Isra' dan Mikraj ini berdasar sumber yang tidak sahih yang perlu dijauhi kerana Isra' dan Mikraj termasuk perkara Usuluddin (Asas Agama) dan mereka yang mengingkarinya menjadi kufur. Wajib perkara aqidah itu disandar pada hadis-hadis yang sahih sahaja.

Antara cerita dogeng yang sering didengari adalah :
• Nabi S.A.W berhenti di beberapa tempat dalam perjalanan menuju ke Baitul Muqaddas dan bersolat di situ seperti di Beit al-Lahm.
• Kepercayaan bahawa batu besar di bawah Kubah (Dome of The Rock) memiliki keistimewaan sama ada dikatakan Nabi S.A.W menambat Buraq di situ atau batu itu hendak mengikut baginda Mikraj kedua-duanya adalah dogeng dan karut demikian juga Nabi memulakan mikraj dari batu itu adalah dusta.
• Pendapat yang mengatakan pada malam Isra' itu baginda tidur di rumah sepupu baginda Ummu Hani' adalah dogeng yang boleh mencemarkan imej Rasulullah S.A.W
• Rasulullah S.A.W diajarkan azan pada malam mikraj
• Apabila sampai di Sidratul Muntaha dan baginda hendak berjumpa Allah tiba-tiba keluar dari sebalik hijab (iaitulah cahaya yang mendinding antara Allah dan makhluk-Nya) seorang malaikat yang Jibril sendiri tidak pernah kenal. Ini adalah dusta.
• Nabi melihat di tiang arasyh yang kanan tertulis: "Muhammad Rasulullah, Aku kuatkannya dengan Ali dan Aku bantunya dengan Ali" ini adalah khurafat Syiah.
• Nabi melihat di Arsyh ada tertulis: "Muhammad Rasulullah, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Faruq, Usman Zun Nurain dibunuh secara zalim". Ini adalah khurafat.
• Nabi melihat Malaikat Maut dan Jibril menyatakan namanya Izrail dan Izrail memberitakan kehebatan Ali. Ini adalah dusta. Tidak tsabit Izrail adalah nama Malaikat Maut.
• Nabi S.A.W menanti Allah Taala kerana Allah sedang bersolat, ini dusta yang dahsyat.
• Nabi S.A.W melihat adanya di bawah Arasyh ayam jantan dan Naga.
• Nabi S.A.W melihat umur dunia dalam rupa wanita tua.
• Nabi S.A.W bertemu qafilah kehilangan unta dan meminum air sebuah qafilah.
• Nabi S.A.W terdengar panggilan Iblis di perjalanan Isra' dan Mikraj.
Allah mendudukkan Nabi S.A.W di atas Arasyh.

والله تعالى أعلم

*Oleh : Muhammad Asrie bin Sobri

Monday, May 23, 2011

Sedikit makluman

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk la... Bersawang la.. Semua ada... Tapi sebab apa ye??... Mungkin dah tak tau nak tulis apa kot. Dah kehabisan idea.

Ok la. Hari ni ana nak sapu2 sikit debu kat blog ni. Sape lagi yang nak sapu kalau bukan tuan punya blog ni kan??... Kali ni tak ada apa2 pun yang nak ditulis. Cuma ana nak bagitau beberapa makluman. Tapi.... apa dia??

Yang pertama...
Ana nak bagitau bahawa sesi pembelajaran untuk semester keempat dah sampai ke penghujungnya. Selepas 3 bulan lebih belajar, akhirnya habis juga semester keempat ni. Tapi tak tau la ilmu tu macam mana... Dapat ke tak??... Paham ke tak??... Ingat ke tak??... Macam kosong je...

Yang kedua...
Kalau sesi belajar dah habis, mesti la ada
exam kan. Exam untuk semester keempat ni akan bermula pada 4/6/2011 (Sabtu) dan akan berakhir pada 13/6/2011 (Isnin). So... ana nak minta antum doakan ana supaya dapat jawab exam ni ngan baik dan dapat keputusan yang cemerlang.

Yang ketiga...
Yang ni paling
best. Belajar dah habis... Lepas tu, exam... Lepas exam habis, apa lagi??... Balik Malaysia la... Insya ALLAH ana akan balik Malaysia pada 19/6/2011 (Ahad) dan dijangka tiba di KLIA pada 20/6/2011 (Isnin) pukul 1.00 petang, Insya ALLAH.

Yang keempat...
Emm... apa lagi ye??... Dah tak ada kot. Hehe... Nanti kalau ada lagi, ana tambah la ye...

Setakat ni je kot untuk kali ni. Otak dah kering... Sekian, terima kasih... Wassalam...

Friday, April 15, 2011

Suka & Duka

بسم الله الرحمن الرحيم


*SUKA

Sebenarnya cerita ni dah lama dah. Cerita minggu lepas punya. Tapi tak apalah, ana postkan jgk sebab dah lama rasanya tak update blog ni.

Nak dijadikan cerita... hujung minggu lepas, Rabu (6/4/11) kami semua pelajar Madinah telah menganjurkan hari keluarga. Hari keluarga ni kami bagi nama sbg 'Interfamily'. Interfamily ni sebenarnya untuk kumpul semua rakyat Malaysia yang ada kat Arab Saudi.

Interfamily ni bermula petang Rabu (6/4/11). Tapi aktiviti untuk hari Rabu cuma melibatkan pelajar2 yang ada kat Madinah. Petang tu kami cuma kemas2 tempat dan sebelah malam pula ada pertandingan hafazan Al-Qur'an dan hafazan mutun.


(seorang peserta sedang diuji)

Esoknya pula barulah ada aktiviti yang melibatkan pelajar2 Madinah dengan semua rakyat Malaysia yang hadir. Antara yang hadir adalah keluarga2 yang tinggal di Madinah, Yanbu', Jeddah dan Riyadh. Wakil dari Mekah tak dapat hadir sebab diorang ada tetamu dari Doha.

Hari Khamis ni memang padat dengan aktiviti2. Bermula daripada tengahari sampailah ke malam. Pagi Khamis tu ada aktiviti explorace dan sukaneka hingga solat Zohor. Selepas solat pula, ada tazkirah yang disampaikan oleh wakil Riyadh dan ada juga aktiviti ta'aruf. Selepas Asar pula, acara sukaneka yang masih berbaki disambung balik hinggalah solat Maghrib.

(antara slot dalam explorace)

(antara acara sukaneka)

Tapi apa yang menariknya Interfamily ni telah menyediakan gerai makanan Malaysia. Gerai2 ni dibuka 24 jam. Sebanyak 12 gerai yang ada dan macam2 yang dijual seperti ayam percik, ikan bakar, sotong bakar, nasi kerabu, nasi ayam, nasi tomato, mee Sarawak, air soya dan banyak lagi. Semuanya hasil air tangan rakyat Malaysia. Terubat jugalah rindu kami pada masakan Malaysia.

(salah satu gerai makanan)

(antara juadah yang laku)

Tapi yang bestnya adalah aktiviti sebelah malam. Aktiviti sebelah malam ni boleh dikatakan sbg aktiviti kemuncak. Selepas solat Maghrib ada slot forum dan selepas solat Isya' pula ada majlis perasmian penutup. Semua yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan silat dan nasyid oleh pelajar2 Madinah. Interfamily berakhir dengan acara penyampaian hadiah dan sedikit tayangan video.

(persembahan silat yang bertenaga)

(kumpulan Munawwar)

Walaupun Interfamily ni sekejap ja tapi banyak kenangan manis yang kami dapat. Semoga dapat berjumpa lagi di tahun hadapan, Insya ALLAH....

Sekian....


_________________________________________________________________

*DUKA

Bila ada suka, mesti ada duka. Semalam, Khamis (14/4/11) kami semua dikejutkan dengan satu berita sedih. Kami mendapat berita bahawa ada seorang pelajar Madinah telah meninggal dunia. Inna lillahi wainna ilaihi rajiun. Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH juga kita kembali. Beliau adalah Noraizuddin bin Nordin berasal dari Johor. Tapi kat Madinah, beliau lebih dikenali dengan panggilan 'Nash'. Beliau sebenarnya pelajar baru di sini. Baru 6 bulan berada di sini dan baru 6 bulan juga kami mengenalinya.

(Allahyarham sebelah kanan)

Kami dikhabarkan beliau kembali ke rahmatullah disebabkan mati lemas ketika mandi-manda kat pantai yang ana pergi tempoh hari (pantai Haasi). Tak sangka pantai yang dahulunya kami bersuka-ria di sana rupa2nya akan meninggalkan nostalgia pahit buat kami semua.


Semua ni adalah ketentuan ALLAH. Tiada siapa yang tau bilakah ajal masing2. Tiada apa yang mampu kita lakukan melainkan mendoakan beliau agar diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama2 dengan golongan yang soleh. Amin.... Kepada keluarga Allahyarham, kami semua mengucapkan takziah.

Maklumat terbaru :
Solat jenazah telah didirikan selepas solat Jumaat (22/4/11) yang telah diimamkan oleh Syeikh Abdul Mohsin Al-Qosim (salah seorang imam Masjid Nabawi). Kemudiannya Allahyarham dikebumikan di perkuburan Baqi' (bersebelahan dengan Masjid Nabawi).

Betapa bertuahnya Allahyarham kerana beliau telah disolatkan oleh ribuan umat Islam pada hari Jumaat dan kemudiannya dikebumikan berdekatan dengan jasad Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda.
Tidakkah kita semua berasa cemburu??...


قال الله تعالى : وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ

Maksudnya : "Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakan pada esok hari. Dan tida seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati".

Tuesday, March 29, 2011

Rehlah Madanianz '09

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 23 Mac yg lepas, ana dan sahabat-sahabat madanianz '09 (pljr madinah batch 2009) telah mengadakan satu rehlah ke 3 tmpt iaitu Badar, Yanbu' dan Haasi. Sebenarnya kami tlh merancang rehlah ni sebulan yg lepas. Dgn izin ALLAH, akhirnya ia dpt dilaksanakn juga.

Seramai 25 org yg mengikuti rehlah ini (madanianz '09 berjumlah 29 org) dan kami ke sana dgn menaiki 5 buah kereta. Kami brtolak dr universiti pd pkl 2.30 ptg.

(3 chevrolet, 1 suzuki & 1 kia)

Tempat pertama yg kami singgah adalah Badar. Di sini kami melawat perkuburan syuhada' Badar dan kemudiannya kami mendaki bukit pasir.

(di hadapan perkuburan Badar)

(bukit pasir di Badar)


(sempat membuat 'love' kt bukit pasir)

Selepas itu kami meneruskan prjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Yanbu'. Di sini, aktiviti kami cuma BBQ dan borak-borak. Kami juga brmalam di tepi pantai.

(juadah kami: kambing bakar, ayam bakar & sosej bakar)

(borak-borak sambil minum teh)

(brgambar pd keesokan paginya)

Keesokan harinya pula, kami meneruskan perjalanan kami ke Haasi. Jarak antara Yanbu dan Haasi memakan masa selama 1 jam dgn menaiki kereta. Di sini, aktiviti kami brtambah menarik iaitu mandi pantai dan 'snorkelling'. Byk batu karang yg cantik-cantik yg kami dpt lihat di sini. Bg ana, ia merupakan pengalaman yg sggh berharga dan tak dpt dilupakan.

(tgh bersiap-siap utk mandi)

(air yg jernih & sejuk)

(brgambar sblm pulang ke Madinah)

Setelah penat mandi-manda dan 'snorkelling', kami pn pulang ke Madinah. Alhamdulillah, kami sampai di Madinah dgn selamat pd pkl 5 ptg.

Saturday, March 12, 2011

Kekuasaan ALLAH di Jepun


بسم الله الرحمن الرحيم


>> 11 MAC 2011 (JUMAAT), 11.45 PAGI....



















قول الله تعالى:‏
( ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ)[‏الروم‏:‏ 41‏]‏


Maksudnya :

"Telah nampak kerosakan di darat & di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALLAH merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"