RSS

Wednesday, February 29, 2012

Ahlan Wasahlan Mahasiswa Baru


بسم الله الرحمن الرحيم

Sekitar Program Orientasi Mahasiswa Baru 2012


RABU, 15/2/2012...

Program dimulakan dengan majlis perasmian pembukaan oleh Yang di-Pertua PERSADA, Sdr Khairun Nasirin bin Mohamed Nor...

Kemudian disusuli dengan sesi 'ice breaking'...

(berusaha mencukupkan nilai yang ditetapkan)


Selepas solat Maghrib, diadakan pula sesi tazkirah yang disampaikan oleh Syeikh Khalid, salah seorang pengajar Universiti Islam Madinah. Tazkirahnya bertajuk "Kepentingan Menuntut Ilmu"...

(juga dikenali dengan panggilan Abu Ali)


(sebahagian mahasiswa baru)


Selepas solat Isya' pula, program diteruskan lagi dengan sesi pengenalan PERSADA dan sesi pengenalan kuliah-kuliah...

Program bersambung pada keesokan harinya...


KHAMIS, 16/2/2012...

Pagi Khamis, bertempat di istirohah, program dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Sdr Asri bin Ishak yang bertajuk "Persediaan di Madinah"...

(banyak pengalaman yang dikongsikan)


Bersarapan dulu sebelum meneruskan program...

(roti tamis dengan kuah kacang dal)


Program diteruskan lagi dengan aktiviti 'outdoor'. Sebelum tu, senaman ringkas dulu...

(1,2,3,4,5,6,7,8...)


Banyak permainan yang telah dijalankan. Antaranya 'Ibu Ulat', 'Di Mana Ana?', 'Buru Kijang' dan 'Jaga Bola'. Semua permainan ini bertujuan mengeratkan lagi ukhuwwah antara mahasiswa...

(permainan 'Di Mana Ana?')


(mencari nama masing-masing)


(permainan 'Buru Kijang')


(permainan 'Jaga Bola')


Selesai aktiviti 'outdoor', mahasiswa baru diberikan masa untuk aktiviti bebas. Ada yang bermain bola sepak dan ada juga yang bermain polo air...

(sebahagian di sini...)


(...dan sebahagian lagi di sini)


Selepas solat Zohor, para peserta program dihidangkan dengan makanan tengahari...

(berselera setelah penat bermain)


Kemudiannya program diteruskan lagi dengan aktiviti 'indoor' pula. Latihan dalam kumpulan ini dinamakan 'Bina Negara'...

(berbincang sebelum melukis...)


(...dan inilah hasilnya)


Selepas solat Asar, aktiviti 'outdoor' diteruskan lagi dengan "Bola Sepak Berpasangan"...

(boleh tahan susah juga la)


Selepas solat Maghrib pula, program diteruskan lagi dengan sesi lakonan spontan. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti bakat-bakat mahasiswa baru...

(lakonan berdasarkan peribahasa)


Pada malam kemuncaknya, program dimeriahkan lagi dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswa lama untuk sama-sama berta'aruf dengan mahasiswa baru. Pada waktu yang sama, aktiviti membakar ayam atau 'BBQ' dijalankan. Kemudiannya diakhiri dengan majlis perasmian penutup oleh Yang di-Pertua PERSADA...

(sebahagian mahasiswa lama yang hadir...)


(...dan sebahagian lagi di sini)


JUMAAT, 17/2/2012...

Pada keesokan paginya, mahasiswa baru telah dibawa ke sekitar Madinah untuk sesi ziarah. Sesi ziarah ini telah dipimpin oleh Sdr Muhd Mursyid bin Abu Hassan. Seusainya sesi ziarah maka berakhirlah Program Orientasi Mahasiswa Baru 2012...


"Eratkan Ukhuwwah Tegakkan Sunnah"