RSS

Wednesday, December 8, 2010

Tugas Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم

SITUASI...

Pada suatu hari, ada beberapa orang tetamu datang ke rumah Pak Ahmad. Seperti kebiasaannya, Pak Ahmad mempersilakan tetamunya untuk masuk dan sekali gus meminta untuk duduk di atas sofa yg tersedia di ruang tamu.

Setelah semuanya duduk, masing-masing bertanyakan khabar dan bertukar-tukar cerita mahupun berita. Pada waktu yang sama, isteri Pak Ahmad, Mak Limah meminta izin untuk ke dapur bertujuan untuk menyediakan sedikit juadah dan minuman kepada tetamu.

Setelah juadah dan minuman siap disediakan, maka Mak Limah memanggil anak sulungnya, Ali yang sedang asyik menonton televisyen untuk mengangkat hidangan kepada tetamu. Tetapi dia mengendahkan permintaan ibunya itu kerana tidak mahu terlepas daripada menonton siaran kegemarannya itu.

Lalu Ali segera menyuruh adiknya, Abu yang baru berusia 7 tahun untuk mengangkat hidangan tersebut kepada tetamu. Maka si adik ini dengan rasa terpaksanya mengangkat hidangan tersebut gara2 takut dimarahi abangnya nanti.

Ketika membawa hidangan tersebut ke ruang tamu, tiba-tiba kaki si adik kecil ini tersepak sesuatu lalu terjatuh beserta dengan hidangan yang dibawanya. Pinggan dan gelas juga habis pecah. Makanan pula bertaburan di atas lantai. Semua orang di dalam rumah itu turut terkejut dengan kejadian tersebut. Mak Limah dan Pak Ahmad segera bergegas ke tempat itu untuk melihat apakah yang berlaku.

PERSOALANNYA SEKARANG...
SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN??
ADAKAH SI ADIK ATAU SI ABANG??...

Pasti jawapan kita adalah SI ABANG yang harus dipersalahkan kerana pada awalnya ibu mereka menyuruh si abang untuk membawa hidangan kepada tetamu tetapi si abang tidak menuruti suruhan itu. Malah menyuruh adiknya pula untuk membawa hidangan tersebut. Seperti yang kita tahu, kerja itu memang tidak sesuai dengan si adik kerana dia masih lagi kecil dan mungkin tidak mampu untuk mengangkat hidangan tersebut.

APAKAH PULA HUBUNG KAIT SITUASI INI DENGAN DAKWAH??...

Hubung kait antara situasi di atas dengan dakwah adalah...
tugas dakwah sebenarnya menjadi tanggungjawab kepada individu ataupun golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan berbanding mereka yang tidak berilmu.

Sekiranya tugas dakwah ini diabaikan oleh golongan yang berilmu dan membiarkan golongan yang tidak berilmu mengambil alih tugas dakwah itu, maka keburukan ataupun musibah yang akan berlaku sehinggakan akan menyesatkan orang ramai.

Oleh itu, mereka yang berilmu wajiblah sedar bahawa mereka sebenarnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yg besar dalam tugas dakwah ini serta tidak boleh memandang perkara ini dengan remeh-temeh kerana hal ini akan ditanya oleh Allah S.W.T suatu hari nanti.

والله أعلم