RSS

Wednesday, February 29, 2012

Ahlan Wasahlan Mahasiswa Baru


بسم الله الرحمن الرحيم

Sekitar Program Orientasi Mahasiswa Baru 2012


RABU, 15/2/2012...

Program dimulakan dengan majlis perasmian pembukaan oleh Yang di-Pertua PERSADA, Sdr Khairun Nasirin bin Mohamed Nor...

Kemudian disusuli dengan sesi 'ice breaking'...

(berusaha mencukupkan nilai yang ditetapkan)


Selepas solat Maghrib, diadakan pula sesi tazkirah yang disampaikan oleh Syeikh Khalid, salah seorang pengajar Universiti Islam Madinah. Tazkirahnya bertajuk "Kepentingan Menuntut Ilmu"...

(juga dikenali dengan panggilan Abu Ali)


(sebahagian mahasiswa baru)


Selepas solat Isya' pula, program diteruskan lagi dengan sesi pengenalan PERSADA dan sesi pengenalan kuliah-kuliah...

Program bersambung pada keesokan harinya...


KHAMIS, 16/2/2012...

Pagi Khamis, bertempat di istirohah, program dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Sdr Asri bin Ishak yang bertajuk "Persediaan di Madinah"...

(banyak pengalaman yang dikongsikan)


Bersarapan dulu sebelum meneruskan program...

(roti tamis dengan kuah kacang dal)


Program diteruskan lagi dengan aktiviti 'outdoor'. Sebelum tu, senaman ringkas dulu...

(1,2,3,4,5,6,7,8...)


Banyak permainan yang telah dijalankan. Antaranya 'Ibu Ulat', 'Di Mana Ana?', 'Buru Kijang' dan 'Jaga Bola'. Semua permainan ini bertujuan mengeratkan lagi ukhuwwah antara mahasiswa...

(permainan 'Di Mana Ana?')


(mencari nama masing-masing)


(permainan 'Buru Kijang')


(permainan 'Jaga Bola')


Selesai aktiviti 'outdoor', mahasiswa baru diberikan masa untuk aktiviti bebas. Ada yang bermain bola sepak dan ada juga yang bermain polo air...

(sebahagian di sini...)


(...dan sebahagian lagi di sini)


Selepas solat Zohor, para peserta program dihidangkan dengan makanan tengahari...

(berselera setelah penat bermain)


Kemudiannya program diteruskan lagi dengan aktiviti 'indoor' pula. Latihan dalam kumpulan ini dinamakan 'Bina Negara'...

(berbincang sebelum melukis...)


(...dan inilah hasilnya)


Selepas solat Asar, aktiviti 'outdoor' diteruskan lagi dengan "Bola Sepak Berpasangan"...

(boleh tahan susah juga la)


Selepas solat Maghrib pula, program diteruskan lagi dengan sesi lakonan spontan. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti bakat-bakat mahasiswa baru...

(lakonan berdasarkan peribahasa)


Pada malam kemuncaknya, program dimeriahkan lagi dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswa lama untuk sama-sama berta'aruf dengan mahasiswa baru. Pada waktu yang sama, aktiviti membakar ayam atau 'BBQ' dijalankan. Kemudiannya diakhiri dengan majlis perasmian penutup oleh Yang di-Pertua PERSADA...

(sebahagian mahasiswa lama yang hadir...)


(...dan sebahagian lagi di sini)


JUMAAT, 17/2/2012...

Pada keesokan paginya, mahasiswa baru telah dibawa ke sekitar Madinah untuk sesi ziarah. Sesi ziarah ini telah dipimpin oleh Sdr Muhd Mursyid bin Abu Hassan. Seusainya sesi ziarah maka berakhirlah Program Orientasi Mahasiswa Baru 2012...


"Eratkan Ukhuwwah Tegakkan Sunnah"

Friday, January 27, 2012

Bersilaturrahim di Bumi Jordan


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum W.B.T...

RABU, 11/1/2012

- 10.30 pm : Brtolak dr Madinah dgn menaiki bas bersama 3 org sahabat yg lain.

KHAMIS, 12/1/2012

- 12.3o pm : Alhamdulillah... Slmt smpai di Mafraq, Jordan. Prjalanan mngambil masa slm lbh krg 14 jam.

- Dijemput oleh Aiman (suami sepupu) & trs ke rumahnya.

- Jamuan mkn mlm di rumah sepupu.



- Brmalam di rumah sepupu.

JUMAAT, 13/1/2012

- Melawat Universiti Ali Al-Bait, Mafraq.



SABTU, 14/1/2012

- Bertolak ke Irbid dgn menaiki bas. Prjalanan mngambil masa slm lbh krg 1 jam setgh.

- Brjumpa dgn ex-manarianz, Hafiz Salam & mushfique.



- Jalan2 di sekitar bandar Irbid.



- Brmalam di rumah Faiz Ali (adik Fathan Adi).

AHAD, 15/1/2012

- Melawat perpustakaan Universiti Yarmuk.



- Jalan2 di sekitar kedai bundle.


- Brjumpa dgn sahabat sklh rndh dl (Usamah) stlh lbh krg 10 thn x brjmpa.


- Pulang ke Mafraq.

ISNIN, 16/1/2012


- 7.15 am : Brtolak ke Jarash. Prjalanan mngambil masa slm 1 jam.

- Melawat tmpt peninggalan zmn Rom di Jarash.




-10.30 am : Brtolak ke Ajlun. Prjalanan jg mngambil masa slm 1 jam.

- Melawat kubu Salahuddin Al-Ayyubi di Ajlun.




- 12.00 am : Brtolak ke Umm Qays. Prjalanan mngambil masa slm 2 jam.

- Juga melawat tmpt peninggalan zmn Rom di Umm Qays.



- Melihat tasik Tobari (Galilee)


- 4.30 pm : Pulang ke Mafraq.

- 10.30 pm : Brmain bola brsama pljr2 Mafraq.



SELASA, 17/1/2012

-11.00 pm : Brtolak ke Mu'tah.

RABU, 18/1/2012

- 2.15 am : Smpai di Mu'tah.

- Brmalam di rumah Ust. Wan Hakimi & sahabatnya.

- 9.45 am : Brtolak ke Karak.

- Melawat Istana Karak.




-12.00 am : Brtolak ke 'Aqabah. Prjalanan mngambil masa slm 6 jam.

- Brmalam di 'Aqabah.

KHAMIS, 19/1/2012

- 7.00 am : Bersiar2 di persisiran pantai & menaiki bot kaca.




- 8.30 am : Brtolak ke Petra. Prjalanan mngambil masa slm 3 jam setgh.

- Melihat kehebatan kaum trdahulu mengukir bukit di Petra.




- 5.30 pm : Brtolak ke Mu'tah.

- Brmalam di PUSKMA (rumah persatuan PERMATA)

JUMAAT, 20/1/2012

- 8.15 am : Brtolak ke laut mati. Prjalanan mngambil masa slm 2 jam.

- Brmain air di laut mati.




- 12.30 pm : Brtolak ke Amman utk mghantar kereta yg dsewa.

- 4.00 pm : Pulang ke Mafraq.

ISNIN, 23/1/2012

- 8.30 am : Brtolak ke Ajlun utk brmain salji.




- 12.00 am : Pulang ke Mafraq.

KHAMIS, 26/1/2012

- 9.00 am : Brtolak ke Amman utk menaiki bas utk pulang ke Madinah.

- 11.00 am : Brtolak ke Madinah.

JUMAAT, 27/1/2012

- 5.00 am : Alhamdulillah... Slmt smpai di Madinah


______ SEKIAN ______

* ucapan jutaan terima kasih kpd mereka yg byk menolong & membantu ana selama keberadaan ana di Jordan dr segi kewangan, tmpt tinggl, maklumat & sebagainya...

* dgn rasa rendah diri, ana memohon ampun & maaf sekiranya ana prnh melakukn kesalahan atau prnh mengguris hati sesiapa shj...

Thursday, December 8, 2011

Setianya 'Isteri Pertama'

بسم الله الرحمن الرحيم





Alkisahnya, pada zaman dahulu kala ada seorang raja yang mempunyai 4 isteri.


Raja ini sangat menyintai isteri keempatnya dan selalu menghadiahkannya pakaian-pakaian yang mahal dan memberinya makanan yang paling sedap. Hanya yang terbaik sahaja yang akan diberikan kepada isteri keempatnya.


Dia juga sangat memuja isteri ketiganya dan selalu membawanya ke pejabat-pejabat untuk memperkenalkan kepada orang lain. Ini kerana dia takut suatu hari nanti, isteri ketiganya ini akan meninggalkannya.


Raja itu juga menyayangi isteri keduanya. Kerana isteri keduanya ini merupakan tempat dia mencurahkan segala masalahnya. Isteri kedua ini sangat peramah, sentiasa mengambil berat dan bersikap sabar terhadapnya.


Isteri pertama raja adalah pasangan yang sangat setia dan telah memberikan penglibatan yang besar dalam pemeliharaan kekayaan dan untuk kerajaannya. Akan tetapi, raja tidak peduli sangat terhadap isteri pertamanya namun isterinya tetap setia kepadanya.


Tiba-tiba pada suatu hari, raja telah jatuh sakit dan dia sedar bahawa kematiannya sudah dekat.


Sambil merenungi kehidupannya yang sangat mewah itu, raja berfikir, “Masa ini aku memiliki 4 isteri disampingku, tapi ketika aku pergi, mungkin aku akan sendirian”.


Lalu, bertanyalah dia pada isteri keempatnya, “aku paling mencintaimu, aku sudah menghadiahkanmu pakaian-pakaian yang paling cantik dan memberi perhatian yang sangat besar hanya untukmu. Sekarang aku nazak, adakah kau akan mengikutiku dan tetap menemaniku?”


“Tidak mungkin!” balas si isteri keempat itu, dia pun pergi tanpa mengatakan apapun lagi.


Jawapan isterinya itu bagaikan pisau yang tepat menusuk jantungnya.


Raja yang sedih itu kemudian berkata pada isteri ketiganya, “Aku sangat memujamu dengan seluruh jiwaku. Sekarang aku sakit, apakah kau tetap mengikutiku dan selalu bersamaku?”


“Tidak!” sahut sang isteri. “Hidup ini begitu indah! Jika kau meninggal, akupun akan menikah kembali!”


Perasaan raja pun semakin hampa dan membeku.


Beberapa saat kemudian, raja bertanya pada isteri keduanya, ” Selama ini, bila aku memerlukanmu, kau selalu ada untukku. Jika nanti aku meninggal, apakah kau akan mengikutiku dan terus disampingku?”


“Maafkan aku, untuk kali ini aku tidak dapat memenuhi permintaaanmu!” jawab isteri keduanya. “Yang dapat aku lakukan, hanyalah menemanimu menuju tanah perkuburan.”


Jawapan isteri ketiga bagaikan petir yang menyambar dan menghancurkan hatinya.


Tiba-tiba, sebuah suara berkata:


“Aku akan bersamamu dan menemanimu kemanapun kau pergi.” Raja menoleh kepalanya mencari-cari siapa yang berbicara dan terlihatlah isteri pertamanya. Dia kelihatan begitu kurus, seperti menderita kekurangan zat.


Dengan penyesalan yang sangat mendalam kesedihan yang amat sangat,raja berkata sedih, “Seharusnya aku lebih mengambil berat kepadamu jika aku masih punya banyak kesempatan!”



Kesimpulannya :


Dalam realitinya, sesungguhnya kita semua mempunyai '4 isteri' dalam hidup kita.


'Isteri keempat' kita adalah tubuh kita. Tidak peduli berapa banyak masa dan usaha yang kita habiskan untuk membuatnya kelihatan bagus, tetap dia akan meninggalkan kita saat kita meninggal.


Kemudian 'Isteri ketiga' kita adalah cita-cita, kedudukan dan kekayaan kita. Selepas kita meninggal, semua itu pasti akan jatuh ke tangan orang lain.


Sedangkan 'isteri kedua' kita adalah keluarga dan teman-teman kita. Tidak peduli berapa lama masa yang sudah dihabiskan bersama kita, tetap saja mereka hanya dapat meneman dan mengiringi kita hingga ke tanah perkuburan.


Dan akhirnya 'isteri pertama' kita adalah jiwa, roh, iman kita, yang sering kita abaikan kerana sibuk memburu kekayaan, kekuasaan dan kepuasan nafsu. Padahal, jiwa, roh, atau iman inilah yang akan mengikuti kita kemanapun kita pergi.



*sekadar copy & paste...

Monday, November 14, 2011

Haji 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Pd 31 Oktober 2011, brmulalah prjalanan haji...

(suasana sebelum bertolak ke Mekah)

Sesampainya di Mekah, kami semua trs menunaikan umrah (sbb wat haji tamattu')...

(selesai menunaikan umrah)

Pd 8 Zulhijjah, kami pn brniat haji...

Pd 9 Zulhijjah, kami memasuki 'Arafah...


(berwukuf di 'Arafah)


(di 'Arafah lagi)


(bergerak ke Muzdalifah)

Slps 2, kami brmalam di Muzdalifah...

Slps brmalam, kami ke Masjid Haram utk tawaf ifadoh & kemudiannya brcukur... maka selesailah tahallul awal...


(berpusu2 ke Masjid Haram)

Pg 2, kami ke tmpt penyembelihan utk laksanakan amanah korban...

(kambing2 yang akan dikorbankan)


(ambil kesempatan)

Malamnya plk, kami brgerak ke Mina utk brmalam di sana...

(bergerak ke Mina)


(menuju ke Jamrah)


(selesai melontar)

Selesai nafar awal, kami pn berangkat pulang ke Madinah...



*Ginilah jadinya kalau dah malas nk menulis...