RSS

Thursday, October 1, 2009

Akhirnya.......

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Wrt.

Alhamdulillah.... setelah sekian lame menanti (penantian itu satu penyeksaan...hehe), akhirnya terjawab jgk persoalan yg selama ini ditunggu-tunggu....

Utk makluman semua, insya ALLAH ana akan berangkat ke bumi Madinah Al-Munawwarah pd hari Isnin ni (05/10/2009) pd pkl..... entah la pkl berape... tp kami semua diminta brkumpul di KLIA pd pkl 11 pg.


Di sana nnt, ana akn melanjutkn pelajaran di Universiti Islam Madinah (satu2nya universiti utk org bkn berbangsa arab). Insya ALLAH dlm bidang syariah dlm tempoh 4 tahun.


Pd kesempatan ini, ana menyusun sepuluh jari (tangan bkn kaki...) ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ade salah dan silap yg tlh ana lakukan samada scr langsung ataupn tak langsung.

Mohon doa antum agar semuanya selamat berangkat dan selamat tiba.

Sekian, terima kasih. Wassalam...............

Sunday, September 13, 2009

Universiti Monyet

Di sebuah perkampungan, terdapat sebuah universiti yg dinamakan sbg UNIVERSITI MONYET. Universiti ini ditubuhkan utk melatih para penuntutnya memetik buah kelapa drpd pokoknya. Di sini, monyet2 ini tlh dilatih oleh para jurulatih yg berpengalaman dan ada juga yg diimport dr ngra luar.

Semua penuntut di universiti ini akan melalui sistem pembelajaran selama 1 bulan yg merangkumi 3 semesta. Pd semesta pertama atau diberi nama semesta 'RAHMAT', monyet2 yg baru mendaftar akan diberi layanan yg sgt baik seperti diberi makan dan minum yg sgt sedap selama 10 hari. Ini bertujuan menjinakkan monyet2 tersebut.

Setelah tamat semesta pertama, monyet2 tersebut akan memasuki semesta kedua yg dipanggil semesta 'PENGAMPUNAN'. Pd semesta ini, monyet2 akan dilatih dan diajar mengenal dan membezakan antara buah kelapa muda dgn yg tua. monyet2 ini jg diajar cara2 utk memetik buah kelapa. proses latihan memakan masa selama 10 hari. Monyet2 ini tdk akan dimarahi sekiranya tdk dpt membezakan buah kelapa, malah monyet2 ini akan terus dilatih dan diajar sehinggalah berjaya membezakannya dlm masa 10 hari.

Pd semesta ketiga atau semesta 'PEMBEBASAN', monyet2 ini akan diuji setakat mana tahap pembelajarannya selama 20 hari. Dlm 10 hari terakhir ini, monyet2 ini bebas memilih 1 hari utk diuji. Walaubagaimanapun, terdpt 1 hari yg para jurulatihnya sengaja merahsiakannya di mana sekiranya ada monyet yg memilih hari tersebut, ia akan diuji dgn ujian yg sgt mudah berbanding dgn hari2 yg lain. Yg uniknya, semua penuntut di universiti ini akan lulus dgn cemerlangnya dan mendpt sijil kepujian.


KESIMPULAN :

Bagaimanakah dgn kita?? Kita sdh dilatih oleh ALLAH selama sebulan pd bulan Ramadhan ini, adakah kita akan berjaya dan akan menerima sijil 'TAKWA'??

:قال الله تعالى
يـأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

maksudnya :
Wahai org2 yg beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas org2 sblm kamu, agar kamu bertakwa.

وقال الله تعالى:
ولقد ذرأنا لجهنم كثيرا من الجن والإنس لهم قلوب لا يفقهون بها ولهم أعين لا يبصرون بها ولهم ءاذان لا يسمعون بها أولـئك كالأنعام بل هم أضل أولـئك هم الغافلون

maksudnya :
Dan sesungguhnya Kami jadikan utk isi neraka jahanam kebanyakan dr jin dan manusia yg mempunyai hati tetapi tdk memahamkan dgn hatinya, mempunyai mata tetapi tdk melihat matanya, mempunyai telinga tetapi tdk mendengarkan dgn telinganya. Org2 itu seperti binatang ternakan, bahkan lbh sesat, itulah org2 yg lalai.


ٍِSAMA2LAH KITA RENUNG2 DAN FIKIR2KANNYA........

Thursday, September 3, 2009

keberangkatan

Assalamualaikum w.b.t.

Pada tanggal 02 September 2009, tepat jam 11.30 pagi, adek ana iaitu Husna atau lbh dkenali dgn panggilan Una, tlh selamat berangkat ke bumi Mesir.....

Kami sekeluarga tiba di KLIA lbh krg pkl 8.30 pagi dan kami melihat sdh ramai bkl2 mahasiswa yg akan turut sama berangkat tlhpun memenuhi sekitar KLIA.

Alhamdlillah..... Segala urusan di KLIA brjalan dgn lancarnye tanpa sebarang masalah yg timbul. Semua proses check-in tlhpn diuruskn oleh travel yg dpertanggunjawabkn oleh MAIS.

Dan tepat jam 10.45 pagi, maka tibalah masanye kami sekeluarga trpaksa brpisah dgn Una buat sementara waktu...........







..........BON VOYAGE..........

Friday, August 28, 2009

Dilema

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya ana x tau nak cakap macam mana psl ni....... Untuk pengetahuan kpd mereka yg mengenali diri ana, di depan ana sekarang ni ada 1 mslh yg perlu ana selesaikan dengan segera iaitu ana diberi 2 pilihan samada nk pilih UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR atau UNIVERSITI ISLAM MADINAH.

Cerita sebenarnya begini...... ana tlh mendapat dermasiswa drpd Lembaga Zakat Selangor atau MAIS utk ana melanjutkan pelajaran ke Mesir. Segala urusan yg berkaitan telahpun selesai termasuklah urusan bank, BTN, perjanjian dgn MAIS, visa dan banyak lagi la, yg tinggalnya urusan tiket ke Mesir je. Tapi, tarikh utk berangkat telahpun diberitahu iaitu 2/9/2009 ni.

Tiba2, lebih kurang minggu lepas, ana mendapat berita yg mengejutkan la juga drpd abang ana yg mengatakan bahawa nama ana termasuk dalam senarai antara mereka yg layak masuk ke Universiti Madinah. Alhamdulillah..... tapi, sebenarnya ana masih x percaya lg sebab nak masuk U Madinah ni bukannya senang, lagi2 ana x pergi pun muqobalah (temuduga), ana cuma hantar borang je.

Setelah beberapa hari ana berfikir...... akhirnya ana membuat keputusan utk pergi Madinah sebab ramai yg nasihatkan ana supaya ke sana. Lagipun dari dulu lagi ana mengidam-idamkan U Madinah. Alhamdulillah.... akhirnya hasrat ana utk ke sana tercapai juga.

Sebenarnya ana x mahu la perkara ni dikecoh-kecohkan lagi sebab x confirm lagi dapat pergi ke x. Ana kena tunggu sehinggalah ana terima surat rasmi drpd U Madinah, barulah confirm...... Ana minta maaf la sebab lambat maklumkan perkara ni. Sory..............

Pada kesempatan ini juga, ana amat mengharapkan doa2 antum agar pilihan ana utk ke U Madinah adalah pilihan yg terbaik dan segala urusan yg berkaitan utk ke sana dipermudahkan ALLAH serta doakan ana berjaya di dunia dan akhirat........

Thursday, August 20, 2009

Peristiwa Penting dalam Ramadhan


# Permulaan kenabian..........Turunnya wahyu

# 10 Tahun perutusan nabi..........Kematian Saiyidatina Khadijah r.a

# 1 Hijrah..........Pembetukan batalion muslimin pertama di bawah pimpinan Hamzah

# 2 Hijrah..........Difardhukan puasa, zakat fitrah dan jihad

# 17 Ramadhan 2 Hijrah..........Perang Badar Kubra

# 5 Hijrah..........Menggali parit dan persediaan perang Khandak. Tamat perang pada Syawal

# 21 Ramadhan 8 Hijrah..........Pembukaan Mekah dan meruntu berhala

# 9 Hijrah..........Kedatangan dan keislaman rombongan Taif dan utusan raja Himyar

# 10 Hijrah..........Pengutuan Ali k.r.m ke Yaman dan keislaman seluruh kabilah Hamran dalam masa sehari

# 11 Hijrah..........Kematian Fatimah r.a setelah 6 bulan kewafatan Nabi s.a.w

# 13 Hijrah..........Kemenangan muslimin di bawah pimpinan al-Muthanna bin Harithah ke atas Rom dalam peperangan Buwaib

# 31 Hijrah..........Pembukaan negara Nubia di selatan Mesir

# 40 Hijrah..........Ali bin Abi Tolib r.a ditikam oleh Abu Maljam

# 53 Hijrah..........Pembukaan pulau Rodes, selatan Cicelia

# 58 Hijrah..........Kewafatan Sayidatina 'Aisyah r.a

# 91 Hijrah..........Muslimin mendarat di persisiran pantai Andalusia

# 92 Hijrah..........Toriq bin Ziyad mengalahkan Raja Rhoderick

# 114 Hijrah..........Peperangan Balat Syuhadak. Panglima Abdul Rahman al-Ghafiqi gugur syahid

# 132 Hijrah..........Tertegaknya Daulah 'Abbasiyyah

# 361 Hijrah..........Pembukaan Jami' al-Azhar

# 584 Hijrah..........Orang ramai mencadangkan agar Solahuddin berhenti rehat sepanjang Ramadhan. Beliau menjawab : Usia adalah pendek dan ajal tidak terjamin. Beliau menyambung perjuangan sehingga menawan Kubu Sufr pada 15 Ramadhan

# 658 Hijrah..........Peperangan Ain Jalut. Tartar tewas di tangan tentera muslimin di bawah Saifuddin Qutuz

# 666 Hijrah..........Pembukaan Antokia

# 673 Hijrah..........Pembukaan Armenia

# 791 Hijrah..........Pembukaan Bosnia-Herzagovina

# 827 Hijrah..........Pembukaan Belgrade

# 829 Hijrah..........Pembukaan Pulau Cyprus

# 10 Ramadhan 1393 Hijrah..........Kemenangan ke atas Yahudi dan dataran Sinai diambil kembali daripada mereka. Dengan slogan "ALLAH AKBAR"

Tuesday, August 4, 2009

lawak

Assalamualaikum. Sebelum 2, ana nak mintak maaf sebab gambar2 tntg industri geragau 2 tak keluar. Ana pun tak tau kenapa blh jadi macam 2. Masa ana postkan, gambar2 2 ade, tetiba plk hilang.....

Ok....Lawaknye berbunyi begini................

Bos berkata kpd setiausaha : Kita akan out-station selama seminggu, jadi aturkan semuanya.

Setiausaha menelefon suaminya : Bos dan saya akan out-station selama seminggu, abang pandai-pandailah jaga diri nanti, ya....

Suami menelefon buah hatinya : Yahoo... isteri saya akan out-station selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama...

Buah hati menelefon murid tuisyennya : Saya kena out-station selama seminggu, jadi awak tak perlu datang tuisyen...

Murid tuisyen menelefon atuknya : Atuk, untuk seminggu saya tak ada kelas sebab cikgu saya sibuk. Yahoo...atuk datanglah sini, seminggu ni kita boleh jalan-jalan...

Atuk yang kaya-raya itu menelefon setiausaha : Minggu ni saya nak habiskan masa dengan cucu. Saya batalkan out-station tu...

Setiausaha menelefon suaminya : Minggu ni bos saya ada kerja lain, kami dah batalkan out-station tu...

Suami menelefon buah hatinya : Sayang...kita tak dapat nak habiskan masa bersama minggu ni, isteri saya dah batalkan out-stationnya.

Buah hati menelefon murid tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen macam biasa...

Murid tuisyen menelefon atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kena pergi kelas tuisyen. Sorry, saya tak boleh temankan atuk.

Atuk menelefon setiausaha : Jangan risau, minggu ni kita out-station. Jadi uruskan semuanya.

Setakat ni saje kot...penat la nak tulis byk2. Paham2 sendiri la erk....

Thursday, July 30, 2009

industri geragau

Assalamualaikum. Berita ni ana dapat drpd ayah ana yang diforwardkan oleh kawan ayah ana. Ana harap dengan berita ni, kita sama-sama renungkannya......

Ceritanya bermula begini......Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.



Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.



Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.



Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.



Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.



Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?



Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.



Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.



Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.



Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..



Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!