RSS

Friday, April 15, 2011

Suka & Duka

بسم الله الرحمن الرحيم


*SUKA

Sebenarnya cerita ni dah lama dah. Cerita minggu lepas punya. Tapi tak apalah, ana postkan jgk sebab dah lama rasanya tak update blog ni.

Nak dijadikan cerita... hujung minggu lepas, Rabu (6/4/11) kami semua pelajar Madinah telah menganjurkan hari keluarga. Hari keluarga ni kami bagi nama sbg 'Interfamily'. Interfamily ni sebenarnya untuk kumpul semua rakyat Malaysia yang ada kat Arab Saudi.

Interfamily ni bermula petang Rabu (6/4/11). Tapi aktiviti untuk hari Rabu cuma melibatkan pelajar2 yang ada kat Madinah. Petang tu kami cuma kemas2 tempat dan sebelah malam pula ada pertandingan hafazan Al-Qur'an dan hafazan mutun.


(seorang peserta sedang diuji)

Esoknya pula barulah ada aktiviti yang melibatkan pelajar2 Madinah dengan semua rakyat Malaysia yang hadir. Antara yang hadir adalah keluarga2 yang tinggal di Madinah, Yanbu', Jeddah dan Riyadh. Wakil dari Mekah tak dapat hadir sebab diorang ada tetamu dari Doha.

Hari Khamis ni memang padat dengan aktiviti2. Bermula daripada tengahari sampailah ke malam. Pagi Khamis tu ada aktiviti explorace dan sukaneka hingga solat Zohor. Selepas solat pula, ada tazkirah yang disampaikan oleh wakil Riyadh dan ada juga aktiviti ta'aruf. Selepas Asar pula, acara sukaneka yang masih berbaki disambung balik hinggalah solat Maghrib.

(antara slot dalam explorace)

(antara acara sukaneka)

Tapi apa yang menariknya Interfamily ni telah menyediakan gerai makanan Malaysia. Gerai2 ni dibuka 24 jam. Sebanyak 12 gerai yang ada dan macam2 yang dijual seperti ayam percik, ikan bakar, sotong bakar, nasi kerabu, nasi ayam, nasi tomato, mee Sarawak, air soya dan banyak lagi. Semuanya hasil air tangan rakyat Malaysia. Terubat jugalah rindu kami pada masakan Malaysia.

(salah satu gerai makanan)

(antara juadah yang laku)

Tapi yang bestnya adalah aktiviti sebelah malam. Aktiviti sebelah malam ni boleh dikatakan sbg aktiviti kemuncak. Selepas solat Maghrib ada slot forum dan selepas solat Isya' pula ada majlis perasmian penutup. Semua yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan silat dan nasyid oleh pelajar2 Madinah. Interfamily berakhir dengan acara penyampaian hadiah dan sedikit tayangan video.

(persembahan silat yang bertenaga)

(kumpulan Munawwar)

Walaupun Interfamily ni sekejap ja tapi banyak kenangan manis yang kami dapat. Semoga dapat berjumpa lagi di tahun hadapan, Insya ALLAH....

Sekian....


_________________________________________________________________

*DUKA

Bila ada suka, mesti ada duka. Semalam, Khamis (14/4/11) kami semua dikejutkan dengan satu berita sedih. Kami mendapat berita bahawa ada seorang pelajar Madinah telah meninggal dunia. Inna lillahi wainna ilaihi rajiun. Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH juga kita kembali. Beliau adalah Noraizuddin bin Nordin berasal dari Johor. Tapi kat Madinah, beliau lebih dikenali dengan panggilan 'Nash'. Beliau sebenarnya pelajar baru di sini. Baru 6 bulan berada di sini dan baru 6 bulan juga kami mengenalinya.

(Allahyarham sebelah kanan)

Kami dikhabarkan beliau kembali ke rahmatullah disebabkan mati lemas ketika mandi-manda kat pantai yang ana pergi tempoh hari (pantai Haasi). Tak sangka pantai yang dahulunya kami bersuka-ria di sana rupa2nya akan meninggalkan nostalgia pahit buat kami semua.


Semua ni adalah ketentuan ALLAH. Tiada siapa yang tau bilakah ajal masing2. Tiada apa yang mampu kita lakukan melainkan mendoakan beliau agar diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama2 dengan golongan yang soleh. Amin.... Kepada keluarga Allahyarham, kami semua mengucapkan takziah.

Maklumat terbaru :
Solat jenazah telah didirikan selepas solat Jumaat (22/4/11) yang telah diimamkan oleh Syeikh Abdul Mohsin Al-Qosim (salah seorang imam Masjid Nabawi). Kemudiannya Allahyarham dikebumikan di perkuburan Baqi' (bersebelahan dengan Masjid Nabawi).

Betapa bertuahnya Allahyarham kerana beliau telah disolatkan oleh ribuan umat Islam pada hari Jumaat dan kemudiannya dikebumikan berdekatan dengan jasad Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda.
Tidakkah kita semua berasa cemburu??...


قال الله تعالى : وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ

Maksudnya : "Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakan pada esok hari. Dan tida seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati".

Tuesday, March 29, 2011

Rehlah Madanianz '09

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 23 Mac yg lepas, ana dan sahabat-sahabat madanianz '09 (pljr madinah batch 2009) telah mengadakan satu rehlah ke 3 tmpt iaitu Badar, Yanbu' dan Haasi. Sebenarnya kami tlh merancang rehlah ni sebulan yg lepas. Dgn izin ALLAH, akhirnya ia dpt dilaksanakn juga.

Seramai 25 org yg mengikuti rehlah ini (madanianz '09 berjumlah 29 org) dan kami ke sana dgn menaiki 5 buah kereta. Kami brtolak dr universiti pd pkl 2.30 ptg.

(3 chevrolet, 1 suzuki & 1 kia)

Tempat pertama yg kami singgah adalah Badar. Di sini kami melawat perkuburan syuhada' Badar dan kemudiannya kami mendaki bukit pasir.

(di hadapan perkuburan Badar)

(bukit pasir di Badar)


(sempat membuat 'love' kt bukit pasir)

Selepas itu kami meneruskan prjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Yanbu'. Di sini, aktiviti kami cuma BBQ dan borak-borak. Kami juga brmalam di tepi pantai.

(juadah kami: kambing bakar, ayam bakar & sosej bakar)

(borak-borak sambil minum teh)

(brgambar pd keesokan paginya)

Keesokan harinya pula, kami meneruskan perjalanan kami ke Haasi. Jarak antara Yanbu dan Haasi memakan masa selama 1 jam dgn menaiki kereta. Di sini, aktiviti kami brtambah menarik iaitu mandi pantai dan 'snorkelling'. Byk batu karang yg cantik-cantik yg kami dpt lihat di sini. Bg ana, ia merupakan pengalaman yg sggh berharga dan tak dpt dilupakan.

(tgh bersiap-siap utk mandi)

(air yg jernih & sejuk)

(brgambar sblm pulang ke Madinah)

Setelah penat mandi-manda dan 'snorkelling', kami pn pulang ke Madinah. Alhamdulillah, kami sampai di Madinah dgn selamat pd pkl 5 ptg.

Saturday, March 12, 2011

Kekuasaan ALLAH di Jepun


بسم الله الرحمن الرحيم


>> 11 MAC 2011 (JUMAAT), 11.45 PAGI....



















قول الله تعالى:‏
( ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ)[‏الروم‏:‏ 41‏]‏


Maksudnya :

"Telah nampak kerosakan di darat & di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALLAH merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"

Friday, February 11, 2011

Bersilaturrahim di Ardu Kinanah

بسم الله الرحمن الرحيم


SELASA, 25/1/2011

- Bertolak dr lapangan terbang Madinah pd pkl 7.30 mlm (waktu arab saudi) dgn menaiki egyptair...



- Alhamdulillah... Tiba di lapangan terbang Kaherah pd pkl 8.30 mlm (waktu Mesir). Penerbangan memakan masa selama lbh krg 2 jam...

- Dijemput oleh sahabat2 manarianz. Terus dibawa ke restoran Hadramaut utk makan malam...


- Bermalam di rumah Amanah Raya Berhad (ARB) yg terletak di Raba'ah, Kaherah...




RABU, 26/1/2011

- Jalan2 di Hayyu Sabi'...

- Berjumpa dgn Husna (adik), Raja Hanif (manarianz) & sahabat2 lain di rumah Selangor...


- Berjumpa dgn Ibrahim Husin (KBM KL) di rumah Kuala Lumpur...



- Bersiar2 di City Star (shopping complex)...



- Bermalam di rumah Mior Maheer (KBM KL) di rumah Perak...


KHAMIS, 27/1/2011

- Bersarapan di rumah Kedah...



- Melawat Qal'ah Solahuddin Al-Ayyubi & muzium2 yg ada dlm qal'ah...





- Melawat Universiti Al-Azhar, masjid Al-Azhar & sekitarnya...



- Melawat Masjid Husin, Maqam Husin & bersiar2 di sekitarnya...



- Jalan2 & membeli belah di Atabah...


- Berjumpa dgn Ikram Abu Hassan (manarianz) di Hayyu 'Asyir...


- Bermain futsal dgn sahabat2 ARB...

- Bermalam di rumah ARB...


JUMAAT, 28/1/2011

- Bermulanya muzaharoh (demonstrasi) secara besar-besaran. Tidak keluar rumah seharian...


SABTU, 29/1/2011

- Bertolak dr 'Abud (Kaherah) ke Tanta ditemani oleh Usamah Zaid (manarianz) dgn menaiki tremco. Memakan masa selama 2 jam...


- Makan malam & BBQ di rumah melayu, Tanta...



- Bermalam di rumah Usamah Zaid & sahabat2 yg lain di Sindibad, Tanta...


AHAD, 30/1/2011

- Demonstrasi semakin hangat. Bermulalah perintah berkurung. Ttp cuba memberanikn diri utk brjalan2 di bandar Tanta...




ISNIN, 31/1/2011

- Berjumpa dgn Muhammad Abdullah Tahmin (manarianz) di rumahnya...



SELASA, 1/2/2011

- Bertolak dr Tanta ke Mansurah ditemani oleh sahabat2 dr Tanta dgn menaiki peugeot (teksi). Memakan masa selama 1 jam...

- Berjumpa dgn Luqman Zaharuddin (manarianz) di rumahnya...


- Berjumpa dgn Ibrahim Zuleffendi (manarianz) di Ridz Cafe...


- Berjumpa dgn Abdul Fattah (sepupu) di rumahnya...


- Berjumpa dgn kembar Abd. Fattah, Fatanah di rumahnya...

- Melihat suasana muzaharoh di Mansurah...




- Berjumpa dgn Faris (sepupu) di rumah Yayasan Terengganu...


- Menziarahi pljr2 perubatan Mansurah sambil mndengar ucapan drpd Husni Mubarak...


- Bermalam di rumah Abd. Fattah...


RABU, 2/2/2011

- Bersiar2 di sekitar bandar Mansurah...



- Melawat Universiti Mansurah...




- Makan malam bersama pljr2 perubatan Mansurah di restoran Indonesia...


- Membeli sedikit buah tangan utk dibawa pulang ke Madinah...



KHAMIS, 3/2/2011

- Mendapat arahan drpd YDP pljr Madinah spy pulang ke Madinah dgn segera...

- Bertolak dr Mansurah ke Tanta & seterusnya dr Tanta ke Kaherah dgn menaiki tremco...



- Bermalam di rumah ARB...


JUMAAT, 4/2/2011

- Bergegas ke lapangan terbang Kaherah...


- Menunggu giliran utk keluar dr Mesir. Terpaksa bermalam di lapangan terbang Kaherah selama 1 malam...




SABTU, 5/2/2011

- Giliran utk keluar dr Mesir sdh tiba. Bertolak dr lapangan terbang Kaherah pd pkl 11.30 pg (waktu Mesir) dgn menaiki airasia...



- Tiba di lapangan terbang Jeddah pd pkl 2.30 ptg (waktu Arab Saudi) & dibawa ke Madinatul Hujjaj, Jeddah...


- Bermalam di Madinatul Hujjaj selama 4 malam sehingga Rabu, 9/2/2011. Sempat berjumpa dgn & berkumpul dgn manarianz...



RABU, 9/2/2011

- Bertolak dr Jeddah ke Madinah dgn menaiki kereta yg disewa...


- Selamat sampai di Madinah stlh 5 jam pejalanan. Alhamdulillah...


_________ SEKIAN _________

* ucapan jutaan terima kasih kpd mereka yg byk menolong & membantu ana selama keberadaan ana di Mesir dr segi kewangan, tmpt tinggl, maklumat & sebagainya...

* dgn rasa rendah diri, ana memohon ampun & maaf sekiranya ana prnh melakukn kesalahan atau prnh mengguris hati sesiapa shj...

* gmbr2 yg brkaitan dgn jaulah ana ke Mesir tlhpn di'upload'kn kt fesbuk ana. Harap maklum...