RSS

Sunday, November 1, 2009

Sebulan Yang Pertama

Bismillahirrahmanirrahim.

"SORRY.....LAMBAT UPDATE....."

Assalamualaikum w.r.t. Alhamdulillah..... Akhirnya dapat jgk ana update blog ni. Ok, pada kali ni ana nk cerita sedikit sebanyak tentang keberadaan ana kt bumi Madinah Al-Munawwarah selama sebulan yg pertama.

Setibanya kami di airport Madinah, kami tlh disambut oleh abg2 atau senior. Di sana, kami terpaksa menunggu bas universiti selama lbh krg 1 jam. Waktu tu memang memenatkan..... Setelah bas sampai, kami pun terus menaikinya sampai la kt universiti.....

Sesampai je kami kt sana, kami terus dibawa ke bahagian pendaftaran. Di sini, kami diberi bilik masing2. Sebelum tidur, kami dijamu oleh abg2 dgn makanan arab, walaupun semua dh mengantuk, lapar punye pasal..... makan je la.

Minggu pertama, kami semua kena selesaikan urusan kemasukan kuliah masing2 termasuklah medical check-up, temuduga, kad pelajar dan banyak lagi.

Minggu kedua, blh dikatakan sebagai minggu orientasi. Kami semua dibawa ke rumah Persatuan Pelajar Malaysia Madinah (PPM) untuk berkenal-kenalan antara senior ngan junior. Di sini jgk, kami diminta untuk menunjukkan bakat masing2, antaranya lakonan, tazkirah, syair, lawak sepontan dan banyak lagi.

Pada keesokan hari, kami dibawa ziarah sekitar bumi Madinah antaranya, Masjid Quba'. Kelebihan masjid ini ialah seperti dalam hadis Rasulullah yg bermaksud "sesiapa yang bersuci atau berwudu' di rumahnya kemudian datang ke Masjid Quba' dan menunaikan solat, maka dia diberi ganjaran seperti ganjaran umrah".


Selepas itu, kami dibawa ke Bukit Uhud. Antara kelebihan Bukit Uhud, Rasulullah pernah bersabda ketika baginda melihat bukit itu yg bermaksud "bukit ini menyayangi kita dan kita menyayanginya". Bersebelahan Bukit Uhud, terdapat kubur para syuhada' perang Uhud dan BukitAinain atau bukit pemanah.


Kemudiannya, kami dibawa ke Masjid Qiblatain. Masjid ini dinamakan sedemikian kerana ketika Rasulullah bersolat di sana, telah turun ayat al-Qur'an yg menyuruh untuk menukarkan arah qiblat dari Masjid Aqsa ke Kaabah.

Keesokan harinya, kami mengadakan perlawanan bola sepak antara senior ngan junior. Waktu ni la, junior nk tunjukkan bakat masing2 dan ternyata ada sebahagian junior yg menyerlah.

Minggu yg berikutnya, bermulalah sesi pengajian masing2 dan ana memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah. Setakat ni sajelah cerita ana pada kali ni. Wssalam......

No comments: