+ Apa Hukum Solat Gerhana Bulan?
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yg digalakkan.
Ini berdasarkan drpd hadis yg diriwayatkan oleh Imam Muslim yg bermaksud :
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda drpd tanda-tanda (kebesaran) Allah, tidak berlaku gerhana pd kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dgn kamu.
Hadis ini keluar drpd mulut Rasulullah S.A.W pd hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai org mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yg menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yg besar dan mulia.
Rasulullah S.A.W tlh menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dgn kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera utk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu utk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yg berlawan dgn kekuasaan Allah dlm membuat sesuatu blh membawa kpd syirik.
+ Bila Solat Ini Didirikan?
+ Bagaimana Pula Cara Solatnya?
Solat gerhana ini disunatkan utk ditunaikan secara berjemaah dgn diseru sblm mendirikannya : As-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)
Blh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yg afdhal ialah masjid yg didirikan Jumaat.
Solat gerhana ini boleh dilakukan scr berseorang atau scr berjemaah dan sebaiknya dilakukan scr berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
A. Rakaat Pertama :
1. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan :
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
4. Membaca Ta`awudz.
5. Membaca surah al-Fatihah.
6. Membaca mana-mana surah, yg terlebih afdhal surah Al-Baqarah.
7. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
8. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana - mana surah.
9. Ruku' dgn membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
10. Iktidal. (Sami Allahuliman Hamidah)
11. Sujud dan membaca tasbih.
12. Duduk antara 2 sujud.
13. Sujud kembali.
14. Berdiri ke rakaat kedua.
B. Rakaat Kedua :
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Iktidal. (Sami Allahuliman Hamidah)
9. Sujud kembali.
11. Memberi salam.
12. Khutbah solat gerhana.
- Tiada iqamah tp cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
- Mana-mana surah hendaklah mengikut susunan surah dari Al-Quran
- Sunat menyaringkan suara pd bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
- Disunatkan mandi utk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
*Di 'copy' dr wikipedia.
No comments:
Post a Comment