RSS

Friday, December 4, 2009

Beraya di Bumi Madinah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bercerita psl Hari Raya Idil Adha di Madinah..... memang terdpt perbezaan berbanding dgn beraya di Malaysia. Di sini, kami diberi cuti selama 17 hari iaitu bermula 1 Zulhijjah hingga 17 Zulhijjah (seminggu sblm raya dan seminggu slps raya). Tapi yg bestnya... mereka (pljr saudi) berpakat utk ponteng beramai2 sehari sebelum bermulanya cuti.


Yg sedihnya, cuti di sini agak membosankan sikit sbb ramai pljr Jamiah tlh pergi ke Mekah utk menunaikan haji, cuma yg tinggal hanya 13 org je (pljr Malaysia) termasuklah ana. Kami tak dpt bersama mereka sbb ada sedikit masalah yg tak dpt diselesaikan dgn segera. Maka terkontang-kantinglah kami dalam Jamiah.....


Sehari demi sehari kami lalui tanpa aktiviti yg menyeronokkan hinggalah sehari sebelum raya, kami diuji ALLAH S.W.T. Malam sebelumnya hujan turun dgn lebat sehingga bilik sahabat kami di tingkat 2 dimasuki air (buat saspen je...) disebabkan masalah paip tersumbat. Pagi 2 terpaksalah kami bergotong-royong membersihkannya.


keadaan bilik yg dimasuki air


selepas kerja pembersihan


Pada pagi Hari Raya, kami bersiap2 seawal pkl 4 pg lg utk ke Masjid Nabawi (solat subuh dan solat Hari Raya). Yg mengejutkan kami, setibanya di masjid, kami dapati org ramai tlhpn berpusu2 masuk ke masjid (ingatkan kami yg plg awal). Waktu nilah kami dpt tgk semua rakyat Madinah tak kiralah yg tua atau yg muda, lelaki ataupn perempuan.


Selepas solat Subuh, lebih kurang sejam maka bergemalah takbir raya (krg feeling sbb lain sikit takbir raya diorg) dan sekaligus solat raya didirikan yg diimamkan oleh Syeikh Hussein Alu Syaikh dan diikuti dgn khutbah raya. Ana tak dpt nk tumpu sgt khutbah 2 sbb mengantuk sgt, maklumlah..... pkl 4 pg lg dh bergegas ke masjid.


suasana selepas solat raya


solat raya kat bumbung masjid


Seusainya solat raya, kami dibawa oleh seorang senior (tak dpt buat haji sbb krg sihat) ke rumah 'Pak Long', salah seorang rakyat Malaysia yg tinggal di Madinah bersama keluarganya. Nasib baiklah ada Pak Long.... ada jugalah tmpt utk kami beraya. Di rumah Pak Long, kami dihidangkan dgn pelbagai juadah raya (mcm makanan Malaysia) yg dimasak oleh isterinya, Mak Long.


antara juadah raya yg disajikan


tak sabar2 nk melahap


Selepas menziarahi rumah Pak Long dan solat Jumaat, kami semua pulang ke Jamiah. Oleh kerana penat, mengantuk dan dah tak ada dah benda utk dibuat... maka masing2 merebahkan badan atas katil lalu terlelaplah mata...


Keesokan harinya, kami berpakat utk makan besar (makan malam) di Shing Yang Restoran (restoran cina). Tempah punya tempah...... makan punya makan..... semua tak fikir psl harga. bila bil sampai..... semua terperanjat. Semuanya berharga sr549 (apabila dibahagikan dgn 13 org.... maka setiap org kena byr sr42). Tak pe.... setahun sekali....



ketika menjamu selera


kat depan pintu restoran


Satu lg perkara yg menyedihkan.... kami tak berpeluang langsung melihat satupn pertumpahan darah. Tak tau la kat mane diorg sembelih kambing, lembu atau unta....


Begitulah alkisahnya beraya di negara org buat pertama kalinya..... Sekian, wassalam....

1 comment:

D said...

salam eming..seronoknya tgk raya kat sane..masjid kat sane..cantik..hihi..emmm.....