RSS

Sunday, November 7, 2010

Zulhijjah

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t...

Seperti yg kite sdh maklum.. skrg kite tlh pn memasuki bln Zulhijjah. Apabila kite menyebut bln Zulhijjah, ape yg trlintas dlm benak fikiran kite? ibadah haji? hari raye korban? puasa hari 'Arafah? atau perkara2 yg laen?....

Ya.. itulh yg sering trlintas dlm fikiran kite bile mane bln Zulhijjah tiba lg... Bg mereka yg ingin menunaikn rukun Islam yg kelima, iaitu ibadah haji, pasti bln Zulhijjah amat dinanti2kn. Bg mereka yg x brpeluang utk menunaikn haji pula, hari raye korban atau hari raye Idiladha amat ditunggu2 terutamanye golongan kanak2 & jgn pula kite lupa akn puasa hari'Arafah.

Bln Zulhijjah mempunyai byk
fadhilat atau kelebihannye yg trsendiri. Antaranye.....

1. Sesungguhnye ALLAH S.W.T sendiri brsumpah dgn 10 hari trawal bln Zulhijjah di dlm Al-Qur'an.


قال سبحانه : والفجر وليال عشر

2. ALLAH S.W.T juga menyeru spy memperbanyakkn Tasbih, Tahlil, Takbir & Tahmid pd 10 hari trawal bln Zulhijjah.

3. Trdpt padanye hari Al-Tarwiyah iaitu pd hari kelapan bln Zulhijjah. Di mana mereka yg menunaikn haji akn berada di Mina seperti mana yg disunatkn oleh Nabi S.A.W.

4. Trdpt padanye hari 'Arafah iaitu pd 9 Zulhijjah. Pd hari ini, jemaah haji akn brwukuf di 'Arafah yg merupakn salah satu rukun haji.

5. Trdpt padanye puasa hari 'Arafah iaitu pd 9 Zulhijjah seperti mana yg disunatkn oleh Rasulullah S.A.W utk mereka yg tdk menunaikn haji.


قوله صلى الله عليه وسلم : " صوم يوم عرفة يكفر سنتين ، ماضية ومستقبلة . . . " - رواه مسلم وأحمد والترمذي


6. Trdpt padanye malam Muzdalifah. Brmalam di Muzdalifah adalah salah satu kewajipan haji.

7. Trdpt padanye ibadah melontar Jamrah Aqabah.

8. Sesungguhnye 10 hari trawal bln Zulhijjah adalah lebih baik drpd jihad.


قوله صلى الله عليه وسلم : " ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله عز وجل من هذه الأيام ، يعني العشر ، قالوا يا رسول الله : ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء " -رواه البخاري وغيره

9. Trdpt padanye hari ibadat korban. Di mana ibadat ini amat dituntut oleh Rasulullah S.A.W.

قوله صلى الله عليه وسلم : " من كان له سعة ولم يضح فلا يقربن مصلانا "-رواه ابن ماجة وحسن الألباني

Sama2 lah kita mengejar fadhilat2 10 hari trawal bln Zulhijjah......

Sunday, October 3, 2010

Wanted : Muslim, Dead or Alive!! Very Dangerous.

بسم الله الرحمن الرحيم





























*dipetik drpd www.zurmat.com

Saturday, September 11, 2010

Salam Idilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum W.B.T....
Pada kesempatan yg mulia ini, ana ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
تقبل الله منَا ومنكم, كل عام وانتم بخير
kpd muslimin & muslimat yg berada di seluruh dunia.


Sebagai renungan kita bersama :

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna
PUASA kita juga berlalu...

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna
QIAMULLAIL kita juga berlalu...

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna bacaan
AL-QUR'AN kita juga berlalu...

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna
SEDEKAH kita juga berlalu...

Bulan Ramadan tlh berlalu...
tak bermakna semua
AMALAN BAIK kita juga berlalu...


Sekian, Terima Kasih....

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Kepada Muslimin & Muslimat
Di Seluruh Dunia


Semoga Bulan Ramadhan Kali ini
Lebih Berkualiti
Berbanding Ramadhan2 Yang Lepas

Wednesday, June 2, 2010

sekadar yang mampu

بسم الله الرحمن الرحيم


Ucapan salam pembuka bicara
Salam ditujukan kepada pembaca
Diriku di sini sihat sejahtera
Moga di sana sama halnya

Maaf dipinta saudaraku semua
Hilangnya diri bukannya sengaja
Munculku ini ada tujuannya
Ingin berkongsi cerita dan berita

5 Oktober 09 masih di ingatan
Saat tanah air ditinggal pergi
Bumi nabi bumi diimpikan
Menimba ilmu niat di hati

Bulan pertama kuliah bermula
Terasa asing janggal pun ada
Ramai kawan pelbagai bangsa
Datangnya dari pelusuk dunia

Masa berlalu begitu pantas
8 bulan seakan 8 hari
Aku redahi sejuk dan panas
Ke sana ke sini aku pergi

Semester kedua menutup tirai
Akan tiba saatnya aku diuji
Hanya doa yang ku dahagai
Moga kejayaan yang ku kecapi

26 Jun tarikh ditunggu-tunggu
Mula terbayang mereka dicintai
Pesanan diterima bertalu-talu
Usah risau bajet mencukupi

Akhir bicara dari diriku
Mohon maaf silap dan salah
Sekali lagi doa dirayu
Moga perjalanan dilindungi ALLAH

-Sekian, terima kasih-





*tarikh final exam : 12/06/2010 - 21/06/2010
*tarikh pulang : 26/06/2010

-INSYA ALLAH-

Tuesday, May 4, 2010

Cermin

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada zaman dahulu kala, tinggallah sepasang suami isteri di sebuah perkampungan. Si suami bernama Pak Leman manakala isterinya pula bernama Mak Limah. Mereka berdua hidup bahagia semenjak mereka berkahwin lagi. Pak Leman sudah kematian ibu bapa semenjak kecil lagi dan tidak pernah sesekali melihat wajah kedua-dua ibu bapanya.


Nak dijadikan cerita, pada hari minggu Pak Leman akan ke pekan untuk membeli keperluan hidup. Maka berjalan-jalanlah Pak Leman sekitar pekan tersebut untuk mencari apa-apa yang patut. Tiba-tiba langkahnya terhenti di sebuah kedai. Dia menuju kedai tersebut. Ada sesuatu benda yang menarik perhatiannya. Apabila Pak Leman masuk ke kedai itu, dia terus mencapai suatu benda yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Maka dia terus bertanya kepada pemilik kedai itu.

"boleh saya tanya? apa nama benda ni?", tanya Pak Leman kehairanan.

"ohh, itu namanya cermin...." jawab pemilik kedai.



Tanpa berfikir panjang, Pak Leman terus membelinya dan segera pulang ke rumah. Setibanya di rumah, dia terus masuk ke bilik tanpa mengendahkan pertanyaan isterinya Mak Limah. Tergaru-garu kepala Mak Limah yang tidak gatal itu melihat perangai suaminya yang pelik. Mak Limah membiarkannya begitu sahaja.

Di dalam bilik, Pak Leman segera membuka bungkusan yang dibelinya tadi dan menatap cermin tersebut. Dalam fikirannya, berlegar-legar satu soalan.

"agak-agaknya begini rupanya wajah bapak aku", fikir Pak Leman.

"boleh tahan jugak hensem bapak aku ni...", sambung Pak Leman sambil tersengih.

Hari demi hari... minggu demi minggu... Pak Leman melakukan perkara yang sama. Menatap wajah yang disangkakan wajah ayahnya sambil memuji-muji kehenseman wajah tersebut. Kelakuan Pak Leman tersebut menyebabkan Mak Limah tertanya-tanya dan timbul syak wasangka.

"apalah yang dibuatnya dalam bilik tu??", hairan Mak Limah.

"bila keluar je... tersenyum-senyum...", semakin bertambah kehairanannya.

"tak boleh jadi ni. baik aku periksa", serius Mak Limah.

Maka Mak Limah menanti hari yang sesuai untuk memeriksa bilik. Dan tibalah hari yang dinanti-nantikan. Ketika Pak Leman ke pekan pada hari minggu sepeti yang dilakukannya sebelum ini, Mak Limah melakukan operasi pemeriksaan itu. Satu persatu almari dibuka. Namun tidak juga ketemui. Tiba-tiba, Mak Limah ternampak satu kotak di bawah katil. Perlahan-lahan dia menarik kotak tersebut. Lalu dibukanya. Maka terjumpalah cermin itu. Tersentak jantung Mak Limah melihat wajah yang terpampang pada cermin itu. Ketika itu juga, Pak Leman pulang dari pekan. Mak Limah terus berlari ke arah suaminya.

"ooo.. ni rupanya kerja awak selama ni!!", marah Mak Limah.

"kenapa ni??", Pak Leman tergaru-garu kepalanya.

"patutlah selama ni tersengih-sengih, rupa-rupanya ada perempuan lain", terjerit-jerit Mak Limah.

"dah la tak cantik, tua pulak tu. ada hati nak kahwin lain", tambah Mak Limah lagi.

Mak Limah terus mengangkat cermin itu setinggi-tinggi yang boleh lalu menghempaskannya ke lantai. Berkecai cermin itu dan bertaburan kaca-kaca di atas lantai. Ternganga mulut Pak Leman melihat wajah ayahnya sudah berkecai. Tiada apa yang mampu Pak Leman buat melainkan menitiskan air matanya. Walau bagaimanapun, Pak Leman berhasrat untuk membeli cermin lagi pada minggu depan.

-tamat-


*diceritakan drpd seorg cikgu

Thursday, April 1, 2010

Jagalah Lidah

بسم الله الرحمن الرحيم

Coretan kali ini sebagai tazkirah utk ana terutamanya dan juga kpd saudara2 seislam semua.....


Bercakap tentang lidah... Semua org tahu tentangnya. Sungguh besar nikmat lidah yg diberikan oleh ALLAH utk kita. Dengannya dpt kita membezakan antara Islam dgn Kafir. Memang tdk dinafikan bahawa lidah ada kebaikannya dan tdk dinafikan juga bahawa lidah ada keburukannya.


Seperti yg kita maklum, banyak ayat Al-Qur'an, Hadis nabi S.A.W, pepatah Arab dan pepatah Melayu berkenaan dgn lidah, antaranya...

قال الله تعالى : ( ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتمواه ) الحجرات : 12

Maksudnya : Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yg lain, adakah antara kamu suka memakan daging saudara kamu yg telah mati, nescaya kamu tidak menyukainya.

قال رسول الله : ( من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقول خيرا أو ليسمت ) أو كما قال

Maksudnya : Nabi S.A.W bersabda : (barang siapa beriman dgn ALLAH dan Hari Akhirat, maka berkatalah perkara yg baik atau diamlah)

قال العرب : لو كان الكلام من فضة لكان السكوت من ذهب

Maksudnya : Pepatah Arab ada menyebut : Sekiranya percakapan itu daripada perak, maka diam itu pula daripada emas.

وقال ايضا : اللسان كالسيف ان لم تقطعه قطعك

Maksudnya : Arab ada menyebut lg : Lidah itu umpama pedang, sekiranya kamu tdk memotongnya, maka ia akan memotong kamu.

Pepatah Melayu ada menyebut : Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya.

Melayu ada menyebut lg : Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.


Ketahuilah wahai saudara seislamku, bahawa kita amat dituntut oleh agama kita supaya menjaga lidah. Islam menuntut kita supaya menjauhi perkara2 buruk yg datangnya daripada lidah. Antaranya, bersumpah selain ALLAH, saksi palsu, melaknat, menipu, mengumpat, mengeji dan sebagainya.


Di sini, ana ingin fokuskan tentang 'mengumpat' atau dlm bahasa Arabnya 'ghibah'. Ghibah atau mengumpat ini bermaksud kita bercakap tentang saudara kita apa yg dimarahinya sekiranya dia mengetahui perkara tersebut. Perbuatan mengumpat ini tdk akan berlaku sekiranya kita keseorangan tetapi mengumpat ini akan berlaku dgn adanya dua individu atau lebih dari itu.


Perbuatan mengumpat ini tdk tertumpu hanya pada lidah, malah mengumpat juga blh terjadi dgn pergerakan badan kita, isyarat2 atau perkara2 yg hanya difahami oleh sebelah pihak shj. Sesungguhnya semua perkara itu dilarang dalam Islam kerana tergolong dalam kategori 'ghibah'.


Apabila kita dilarang utk mengumpat, maka kita juga dilarang utk ikut serta dalam mengumpat. Maksudnya, kita juga dilarang utk mendengar umpatan itu, menghadirkan diri kpd tempat2 mengumpat, enggan menasihati si pengumpat dan sebagainya. Sesungguhnya kita amat dituntut utk menjauhi perkara2 tersebut.


Disebalik pengharaman perbuatan mengumpat ini, namun di sana ada juga yg dibolehkan dalam Islam. Pertama, seorang yg dizalimi mengadu kpd pihak berkuasa tentang perilaku org yg zalim itu. Kedua, menyatakan sifat seseorang utk membezakannaya dgn orang yg lain. Ketiga, memberitahu seseorang supaya menjauhi individu yg tidak baik. Keempat, menyebut perbuatan buruk atau maksiat seseorang yg dilakukan secara terang2an. Kelima, meminta fatwa dgn menyebut kesalahan seseorang. Keenam, meminta drpd pihak berkuasa spy menghapuskan sesuatu kegiatan maksiat.


Ketahuilah semua, bahawa seseorang yg mengumpat itu tlh melakukan dua kesalahan. Pertama, kesalahan pd hak ALLAH. Maka si pengumpat itu hendaklah menyesali dan bertaubat atas apa yg tlh dilakukan. Kedua, kesalahan pd hak hamba. Maka si pengumpat itu hendaklah berjumpa dgn org yg diumpatnya dan meminta maaf atas kesalahannya itu. Sekiranya tdk mampu utk berjumpa dgnnya, maka beristighfarlah kpd ALLAH dan mendoakannya.


Sekadar ini saja tazkirah ana pd kali ini. Sama2 lah kita renung2kan dan sama2 lah kita memperbaiki kesalahan kita semua. Kerana ALLAH itu melihat perbuatan kita dan mendengar percakapan kita.


والله تعالى أعلم