RSS

Friday, December 25, 2009

Puasa Asyura

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebut saja bulan Muharram, pasti akan dikaitkan dgn puasa Asyura...

# Apa itu puasa Asyura??

Hari Asyura ertinya hari kesepuluh dari bulan Muharram. Pada hari itu dianjurkan untuk berpuasa, sebagaimana yang disebut di dalam hadis Ibnu Abbas ra berkata : “ Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka beliau bertanya : “Hari apa ini?”. Mereka menjawab :“Ini adalah hari istimewa, kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, oleh karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda : “Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian“ . Maka beliau berpuasa dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa.”(HR Bukhari dan Muslim)

# Dan bagaimana pula cara berpuasa Asyura??

Menurut keterangan para ulama dan berdasarkan beberapa hadis, maka puasa Asyura boleh dilakukan dgn empat pilihan :

1. Berpuasa tanggal 9 dan 10 Muharram

2. Berpuasa pada tanggal 10 dan 11 Muharram

3. Berpuasa pada tanggal 9,10, dan 11 Muharram

4. Berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja. (tetapi yang terakhir ini, sebagian ulama memakruhkannya, kerana menyerupai puasanya orang-orang Yahudi)

Cara berpuasa di atas berdasarkan hadis :

Ibnu Abbas ra, bahawasanya ia berkata : Ketika Rasulullah saw. berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan kaum Muslimin berpuasa, para shahabat berkata : “Wahai Rasulullah ini adalah hari yang diagungkan Yahudi dan Nasrani”. Maka Rasulullah pun bersabda :”Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan.“ (H.R. Bukhari dan Muslim).

Begitu juga hadis Ibnu Abbas ra, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda : “Puasalah pada hari Asyura’ dan berbuatlah sesuatu yang berbeza dengan Yahudi dalam masalah ini, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.“ ( HR Ahmad dan Ibnu Khuzaimah )

# Apakah keutamaan dan kelebihan berpuasa Asyura??

1. Allah swt akan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan selama satu tahun sebelumnya,

عن أبي قتادة رضي اللَّه عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " صيام يوم عاشوراء، أحتسب على اللَّه أن يكفر السنة التي قبله"

Maksudnya : Abu Qatadah ra, bahawasanya seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang puasa Asyura, maka Rasulullah saw menjawab : “ Saya berharap dari Allah swt agar menghapus dosa-dosa selama satu tahun sebelumnya. “ (HR Muslim)

*Dosa-dosa yang dihapus disini adalah dosa-dosa kecil saja. Sekiranya dosa-dosa besar, maka seorang Muslim harus bertaubat dengan taubat nasuha, jika ingin diampuni oleh Allah swt.

2. Sebagai bentuk kesyukuran atas selamatnya nabi Musa as dan pengikutnya serta tenggelamnya Fir’aun dan bala tenteranya.


Oleh itu, marilah kita beramai-ramai berpuasa Asyura!!


والله أعلم

No comments: