RSS

Thursday, January 21, 2010

Peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم

sekadar hiasan

Assalamualaikum. Pejam celik... pejam celik, terasa begitu pantas waktu berlalu. Sudah hampir 4 bulan keberadaan ana di Madinah Al-Munawwarah. Sesi pengajian utk semesta pertama juga tlh habis dan kini tibalah pula musim peperiksaan.

Utk peperiksaan akhir bg semesta pertama akan bermula pd 23 Jan 2010 (Sabtu) sehingga 31 Jan 2010 (Ahad) iaitu selama 7 hari. Mahu tak mahu, terpaksalah ana hadapinya juga.

jadual peperiksaan (haraf maaf, gambar kabur)

Terjemahan :-
Sabtu : Fiqh
Ahad : Nahu
Isnin : Sirah An-Nabawiyyah
Selasa : Tauhid
Rabu : Tarikh Tasyri'
Sabtu : Usul Fiqh
Ahad : Tarikh Al-Mamlakah (Sejarah Saudi)

Oleh itu, doa2 kalian amat diharapkan agar ana dapat menjawab dgn tenang dan sempurna serta mendapat keputusan yg cemerlang.

Akhir kata, ana dahului dgn ucapan jutaan terima kasih. Wassalamualaikum....

No comments: