RSS

Friday, August 28, 2009

Dilema

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya ana x tau nak cakap macam mana psl ni....... Untuk pengetahuan kpd mereka yg mengenali diri ana, di depan ana sekarang ni ada 1 mslh yg perlu ana selesaikan dengan segera iaitu ana diberi 2 pilihan samada nk pilih UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR atau UNIVERSITI ISLAM MADINAH.

Cerita sebenarnya begini...... ana tlh mendapat dermasiswa drpd Lembaga Zakat Selangor atau MAIS utk ana melanjutkan pelajaran ke Mesir. Segala urusan yg berkaitan telahpun selesai termasuklah urusan bank, BTN, perjanjian dgn MAIS, visa dan banyak lagi la, yg tinggalnya urusan tiket ke Mesir je. Tapi, tarikh utk berangkat telahpun diberitahu iaitu 2/9/2009 ni.

Tiba2, lebih kurang minggu lepas, ana mendapat berita yg mengejutkan la juga drpd abang ana yg mengatakan bahawa nama ana termasuk dalam senarai antara mereka yg layak masuk ke Universiti Madinah. Alhamdulillah..... tapi, sebenarnya ana masih x percaya lg sebab nak masuk U Madinah ni bukannya senang, lagi2 ana x pergi pun muqobalah (temuduga), ana cuma hantar borang je.

Setelah beberapa hari ana berfikir...... akhirnya ana membuat keputusan utk pergi Madinah sebab ramai yg nasihatkan ana supaya ke sana. Lagipun dari dulu lagi ana mengidam-idamkan U Madinah. Alhamdulillah.... akhirnya hasrat ana utk ke sana tercapai juga.

Sebenarnya ana x mahu la perkara ni dikecoh-kecohkan lagi sebab x confirm lagi dapat pergi ke x. Ana kena tunggu sehinggalah ana terima surat rasmi drpd U Madinah, barulah confirm...... Ana minta maaf la sebab lambat maklumkan perkara ni. Sory..............

Pada kesempatan ini juga, ana amat mengharapkan doa2 antum agar pilihan ana utk ke U Madinah adalah pilihan yg terbaik dan segala urusan yg berkaitan utk ke sana dipermudahkan ALLAH serta doakan ana berjaya di dunia dan akhirat........

2 comments:

L u Q m a n said...

ameen. jgn lost contact lak dah kat sane. al-maklum. hehehes ;)

D said...

mabruk eming!!semoga di permudah segala..bile flight ke sane??mst mcm sng je nk g Mekah salu kan?eheh..(btul ke??geografi mengong ckit..dekat ke?haha)