RSS

Tuesday, August 4, 2009

lawak

Assalamualaikum. Sebelum 2, ana nak mintak maaf sebab gambar2 tntg industri geragau 2 tak keluar. Ana pun tak tau kenapa blh jadi macam 2. Masa ana postkan, gambar2 2 ade, tetiba plk hilang.....

Ok....Lawaknye berbunyi begini................

Bos berkata kpd setiausaha : Kita akan out-station selama seminggu, jadi aturkan semuanya.

Setiausaha menelefon suaminya : Bos dan saya akan out-station selama seminggu, abang pandai-pandailah jaga diri nanti, ya....

Suami menelefon buah hatinya : Yahoo... isteri saya akan out-station selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama...

Buah hati menelefon murid tuisyennya : Saya kena out-station selama seminggu, jadi awak tak perlu datang tuisyen...

Murid tuisyen menelefon atuknya : Atuk, untuk seminggu saya tak ada kelas sebab cikgu saya sibuk. Yahoo...atuk datanglah sini, seminggu ni kita boleh jalan-jalan...

Atuk yang kaya-raya itu menelefon setiausaha : Minggu ni saya nak habiskan masa dengan cucu. Saya batalkan out-station tu...

Setiausaha menelefon suaminya : Minggu ni bos saya ada kerja lain, kami dah batalkan out-station tu...

Suami menelefon buah hatinya : Sayang...kita tak dapat nak habiskan masa bersama minggu ni, isteri saya dah batalkan out-stationnya.

Buah hati menelefon murid tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen macam biasa...

Murid tuisyen menelefon atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kena pergi kelas tuisyen. Sorry, saya tak boleh temankan atuk.

Atuk menelefon setiausaha : Jangan risau, minggu ni kita out-station. Jadi uruskan semuanya.

Setakat ni saje kot...penat la nak tulis byk2. Paham2 sendiri la erk....

1 comment: